Foto-Facebook
Berikut adalah luahannya:
Tadi aku p mall. Aku bersama bini dan anak2 tak pakai mask. Cuma bawak mask buat syarat nak bagi lepas guard cek masa nak masuk parking ja. Itu pun tunjuk mask kat tangan
Dalam mall tu semua orang pakai mask bertutup semuanya.
Aku bisik kat bini aku. Segarnya kan sayang, kita sekeluarga Allah SWT bagi nikmat sedut oksigen yang segar bugar harini tanpa ada sebarang pencemaran mulut2 manusia tak gosok gigi.
P/s:
Kau nak pakai mask tu pakai ler. Jangan la pandang orang tak pakai mask macam nampak haiwan masuk mall. Kau tu sebenarnya haiwan ternakan takda akal yang turut saja segala arahan penternak kau! Belum lagi 1 Ogos dah beria eh hangpa.
Ulasan:
Macam-macam kemungkinan yang boleh berlaku didalam beberapa situasi.
Situasi pertama dia mungkin seorang yang dijangkiti Covid-19 tetapi tiada gejala dan perbuatan tidak memakai pelitup muka akan mendedahkan orang ramai kepada jangkitan Covid-19.
Situasi kedua dia dan keluarga bebas daripada jangkitan tetapi akan terdedah kepada jangkitan Covid-19 kerana tidak memakai pelitup muka ditempat awam yang sesak.
Kita tidak perlu belajar tinggi-tinggi untuk faham 'common sense' mudah. Ini kerana setiap manusia yang berakal mampu berfikir untuk menjaga keselamatan seisi keluarga dan orang ramai.
Muslim yang baik dan beriman tidak sesekali mendedahkan manusia lain kepada mudarat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment