Wednesday, July 29, 2020

LULUH HATI KP KESIHATAN MALAYSIA DAN FRONTLINER BILA TENGOK GAMBAR² INI.





 
Foto-Facebook

Di Amerika Syarikat kes jangkitan Covid-19 meningkat mendadak selepas perhimpunan politik bagi menyokong Trump.




Aku cuma boleh doakan semoga semua yang berhimpun itu negatif Covid-19, sebab walaupun seorang yang positif Covid-19 mampu memberi impak yang sangat besar terhadap rakyat Malaysia.

Manusia apabila terlalu taksub kepada tokoh politik mereka sanggup menggadaikan nyawa tanpa memikirkan risiko yang bakal mereka hadapi. 

Risiko besar itu bukan sahaja kepada diri mereka tetapi seluruh ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.  

Bayangkan jika seorang yang positif Covid-19 mampu menjangkiti beberapa orang kemudian beberapa orang itu akan menjangkiti beberapa orang lagi sehingga berlakunya kluster baharu yang amat sukar dibendung.

Bagi yang mempunyai gejala selepas perhimpun segeralah dapatkan rawatan dan hindarilah bertemu dengan sesiapa. 

Ingatlah anda telah melukakan hati setiap rakyat Malaysia yang mematuhi SOP sejak hari pertama PKP.





1 comment:

Isaac said...

Tak tahu apa fekdahnya depa dpt...bodo, dorok cetong..