Saturday, July 25, 2020

DEGIL TIDAK MAHU PAKAI PELITUP MUKA? INI YANG BAKAL ANDA HADAPI:


Foto-Facebook

Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.


"Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.


Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas.


"Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


"Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri itu di media massa dan sosial," katanya.



Ismail Sabri juga menjelaskan walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang.


Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/714028/wajib-pakai-pelitup-muka-di-tempat-sesak-pengangkutan-awam-1-ogos


Anda perlu jelaskan kompaun tersebut dalam masa 14 hari. Jika gagal menjelaskan kompaun tersebut anda diarahkan untuk ke Mahkamah dan jika gagal hadir,waran tangkap akan dikeluarkan terhadap anda. Apa yang pastinya anda tidak akan terlepas.


No comments: