Sabda Rasulullah SAW: Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: Dan apabila seseorang bangun daripada tidurnya ,hendaklah ianya membasuh kedua tangannya 3 kali sebelum ia memasukkannya (tangan) ke dalam bekas yang berisi air (kolam). Kerana sesungguhnya ,ia tidak tahu dimana tangannya berada (semasa tidur).”
(Hadis Muttafaqun ‘Alaihi , Bukhari : 162 dan Muslim : 278)
Kedua-dua hadis diatas jelas menerangkan kepentingan kuarantin dan kebersihan kendiri.
1400 tahun sebelum datangnya wabak covid-19 kita telah dinasihatkan oleh Rasulullah SAW untuk kuarantin dan menjaga kebersihan jika berlakunya wabak penyakit.
Jika umat Islam seluruh dunia mengikuti pesanan Baginda SAW nescaya negara- negara Islam akan menjadi negara pertama sekali yang bebas daripada ancaman Covid-19.
Tahniah kepada New Zealand kerana menjadi negara pertama yang bebas Covid-19. Insha Allah Malaysia akan menyusul selepas ini.
No comments:
Post a Comment