Thursday, June 4, 2020

KERACUNAN PUDING BUIH:DOKTOR TERANGKAN TENTANG KUMAN SALMONELLA.




Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian yang berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Telur tamat tempoh dikatakan punca berlakunya keracunan yang melibatkan 99 orang itu.

Puding buih sebenarnya tidak bahaya tetapi bahan mentah yang terjejas atau cara penyediaan yang tidak bersih boleh mendatangkan mudarat.

Berikut adalah perkongsian seorang Doktor tentang keracunan yang melibatkan telur.

Oleh: Dr. Suriyakhatun

TELUR BERKUMAN ?

Di Malaysia 11.9 peratus  dari telur yang diperiksa ada kuman Salmonella. 

Antara gejala keracunan makanan dengan kuman Salmonella adalah cirit beret, loya, berak darah, lenguh badan.

Keberangkalian ada kuman Salmonella dalam telur menjadi tinggi bila keadaan ayam telur tidak dijaga dengan baik , ie ada isu kebersihan. 

Selain itu, beli telur dari Syarikat yang ada piawaian dan telurnya sudah dibersihkan. Telur dari ayam yang tidak dibela secara memberikan antibiotik lebih selamat sebab Salmonella dari ayam yang diberikan antibiotik lebih merbahaya (antibiotic resistent strain) . 

Untuk menjaga supaya tidak mendapat keracunan mankanan dari  Salmonella yang ada kemungkinan berada dalam telur:

Jika nak buat telur setengah masak, elok pilih telur yang telah di pasteurkan dan elok ambil yang organik. 

Jangan makan telur mentah dan pastikan basuh kulit telur dengan air dan pencuci makanan (organik) sebelum pecahkan telur.

Basuh tangan selepas terkena telur mentah. 

Untuk matikan Salmonella, nak rebus telur, biar mendidih selama tujuh minit. Jika buat telur dadar atau scrambled, sudah memadai untuk matikan Salmonella . 

Bagi orang yang sistem imun tidak kuat, jangan makan telur separuh masak.

Orang tua, wanita hamil dan dalam pantang mungkin termasuk kategori imun lemah dalam sesetengah situasi. 

Quote from http://www.rhonema. com/wp-content/uploads/2016/04/Salmonella-abstract.pdf

Out of the 12664 samples tested from 2011 to 2013, 11.9% were found to be positive for Salmonella (3.1% S. Enteritidis, 1.3% S. Typhimurium and 7.5% S.species). 

The highest percentage of positive samples was from cloacal/faecal swabs (14.9%), followed by environmental samples (14.0%) and organs (12.2%). 

 As indicated by the results, environmental sampling is a good indicator for the presence of Salmonella in poultry flocks.

Salmonella transmission from the environment to flocks may be aggravated by unhygienic farming activities such as improperly cleaned or disinfected poultry houses, overcrowding and lack of biosecurity measures in the farm
 (Fredericket al., 2011). 

Therefore, there is a need to introduce and implement proper hygiene control measures in poultry farms to reduce or prevent Salmonella from entering the food chain.

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1921909821184998&id=289180777791252

No comments: