Thursday, May 7, 2020

RUPANYA BUKAN GAMBAR PALSU ATAU BERITA PALSU.




Foto-Facebook

Gambar dan video penumpang berhimpit himpit macam sardin dalam tin dalam tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) semalam cukup ‘menakutkan’ ramai pihak.


Dalam keadaan penularan Covid-19 semakin terkawal, situasi seperti dalam gambar yang tular di media sosial itu menyebabkan kemarahan netizen dan bimbang kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disalahgunakan.


KTMB dalam satu respon kepada netizen menerusi media sosial bertarikh hari ini mengesahkan gambar berkenaan adalah sahih dan memohon maaf atas apa yang berlaku.


‘Set tren yang asal mengalami masalah teknikal dan pihak kami telah gantikan dengan set tren 3 car dan menyebabkan ruang terhad,” katanya menjawab pertanyaan netizen.

Sumber:https://malaysiagazette.com/2020/05/06/gambar-penumpang-berhimpit-dalam-tren-ktmb-menakutkan/


Sah² perbuatan penumpang itu telah melanggar SOP PKP iaitu jarak sosial 1 meter. 

Mana hilangnya kesedaran masing-masing? 

Adakah alasan yang diberi KTMB itu boleh diterima?

Jelas KTMB telah melanggar SOP yang ditetapkan dan seharusnya pihak Kerajaan bertindak tegas dalam soal ini.

Siapa yang mahu bertanggungjawab sekiranya terjadi kes kluster daripada kejadian itu?

Diharap perkara seperti itu tidak berulang lagi.



No comments: