Tuesday, May 12, 2020

LUAHAN FRONTLINER: 4 RAKAN KAMI PITAM SEBAB TERLALU PANAS MEMAKAI PPE.


Foto-Nurhidayu Ahmad

Tolong lupakan dulu hasrat balik kampung...

Perkongsian Nurhidayu Ahmad:

Ni kejadian ptg td mase intubate patient tro covid kne pakai full ppe...

4 org pitam sbb overheat..terpaksa berbuka walaupon da pkul 5.exhausted..intubated patient bkn amik masa 5 minit tau..

tu tidak termasuk lg cpr kalo pt collapse..bygkan pakai full ppe cpr 1 jam so tlg dgr ckp...jaga diri..lupakan hasrat nk blik kg dlu..

Sumber: Fb Nurhidayu Ahmad

Kalian semua fikirlah, mereka juga ada keluarga, mereka juga rindu ibu dan ayah di kampung halaman.

Kita bernasib baik tidak perlu mengadap kesusahan seperti mereka.

Yang mereka pinta bukanlah duit ataupun harta anda tapi mereka hanya mahu anda patuhi PKP dan jangan ambik risiko dengan pulang ke kampung halaman.

Tahukah anda bagaimana procedure  intubation? 

Prosesnya teramatlah rumit, berikut adalah gambaran prosedur intubasi secara ringkas:

Sejenis peralatan besi bernama laryngoscope yang digunakan untuk
membantu Doktor atau MA/ Nurse yang bertauliah untuk mengenalpasti saluran yang akan dimasukkan terlebih dahulu ke
dalam mulut pesakit bagi membuka ruang pernafasan. 

Kemudiannya akan ada satu tiub yang akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan bahagian bawah ( lower respiratory tract ) iaitu melepasi peti susra (vocal cord). 

Proses itu bukan sekejap tapi mengambil masa berjam-jam dengan pemakaian PPE penuh, cuba bayangkan kesusahan yang mereka lalui.

Tidak hairanlah ada yang tumbang dan pitam kerana faktor berpuasa.

Hargailah pengorbanan mereka jangan pentingkan diri sendiri.


No comments: