Sunday, May 3, 2020

GUNA GAMBAR BERUK PASSPORT PALSU PUN BOLEH MASUK MALAYSIA SECARA SAH.




Ini bukan  troll atau jenaka tetapi sesuatu yang bakal mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. 

Ikuti pendedahan wartawan ini:

GUANGZHOU (China): Kemudahan Electronic Travel Registration & Informatian (eNTRI) untuk rakyat China memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh 15 hari didapati tidak menepati matlamatnya sebagai satu sistem saringan atau tapisan awal, sebagaimana yang diuar-uarkan.

Sebaliknya, kemudahan itu dikesan sekadar menyalurkan wang secara mudah kepada sebuah syarikat yang diberi hak eksklusif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menguruskannya pada 2016 sehingga sekarang. 

Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang diberi akses penuh untuk mengeluarkan eNTRI didapati membolot semua hasil kutipan fi iaitu RMB160 atau RM100 untuk satu permohonan tanpa sedikitpun menjadi hasil kerajaan. 

Malah, urusan permohonan eNTRI secara dalam talian dilakukan sambil lewa dengan kelulusan dalam masa cuma lima minit dan aspek keselamatan negara nyata diabaikan apabila individu yang disenarai hitam serta ada rekod jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara ini. 

Ketirisan itu terbongkar hasil maklumat yang disalurkan kepada Harian Metro oleh sumber boleh dipercayai dan wartawan akhbar ini datang ke sini selama beberapa hari untuk memperoleh maklumat lebih terperinci. 

Untuk rekod, eNTRI adalah kemudahan pendaftaran atas talian disediakan kerajaan Malaysia untuk memudahkan kemasukan warga China yang tinggal di Tanah Besar China ke Malaysia di bawah Program Pengecualian Visa. 

Untuk memiliki eNTRI pelancong China perlu membayar wang pemprosesan atau fi sebanyak RMB160 (RM100) bagi setiap permohonan yang hanya boleh dibuat melalui laman web  www.windowmalaysia.my

Sejak eNTRI diperkenalkan pada Mac 2016 hingga September 2018, UKSB sudah mengutip lebih RMB329,337,280 (RM198,066,952) membabitkan kelulusan permohonan kepada 2,058,358 orang.
Difahamkan, UKSB juga melantik 20 ejen di seluruh China bagi menguruskan sistem permohonan eNTRI. 

BERUK GUNA PASSPORT PALSU PUN BOLEH MASUK MALAYSIA. 

Bagi membuktikan ketirisan dan kelemahan sistem ini, wartawan Harian Metro membuat permohonan eNTRI dengan menyertakan foto seekor beruk, nombor tiket palsu dan alamat sebuah agensi pihak berkuasa di Malaysia. 

Dengan bantuan ejen pelancongan, satu pasport palsu turut digunakan dan permohonan itu diluluskan kurang dari lima minit sebaik fi dibayar. 

Ini menunjukkan begitu mudah borang kemasukan atau tapisan awal itu diberi tanpa mengambil kira foto, alamat dan tujuan lawatan. 

“Sesiapa sahaja boleh memohon eNTRI ke Malaysia melalui Internet. Mereka hanya perlu melayari laman web khas untuk mengisi data peribadi dan dokumen perjalanan lain yang dikehendaki sebelum membuat bayaran. Kelulusan antara lima hingga 10 minit. Kadang-kala, (kelulusan) tidak lebih lima minit selepas membuat bayaran,” katanya.

Raymond menegaskan, disebabkan kewujudan eNTRI itu berlakunya penipuan oleh individu tertentu termasuklah mereka yang disenarai hitamkan.

“Kamu bayangkan, mereka yang disenarai hitam kerana diusir dari Malaysia membuat pasport baharu dan melakukan permohonan melalui eNTRI. Sediakan sahaja dokumen perjalanan seperti tiket, malah tiket penerbangan palsu, pasti akan lulus,” katanya.

Raymond turut memberikan salinan surat pekeliling dikeluarkan JIM mengenai lantikan syarikat berkenaan.

Bagi memastikan kesahihan dakwaan Raymond, wartawan memintanya membantu membuktikan kelemahan sistem eNTRI itu dengan melakukan permohonan bagi seorang warga China yang disenarai hitam.

Selepas langkah itu diikuti, dengan bantuan Raymond, wartawan berjaya memperoleh eNTRI selepas memuat naik imej pasport dan gambar terkini seorang warga China yang namanya sudah disenarai hitam untuk memasuki Malaysia.

Raymond mendakwa, kelemahan sistem berkenaan menyebabkan ramai wanita China yang terbabit dengan sindiket pelacuran dan disenarai hitam boleh masuk semula ke Malaysia.

Caranya, membuat pasport baharu selepas diusir keluar dari Malaysia dan mendaftar melalui eNTRI untuk masuk semula.

Selanjutnya disini

1 comment:

Raja Kumbang said...

Ini peraturan zaman Wak Jahid kan?