Saturday, May 9, 2020

300 GELANDANGAN MULA BEKERJA 13 MEI.


Foto-WilayahKu

PUTRAJAYA – Kira-kira 300 gelandangan bakal memulakan kehidupan baharu apabila mereka telah diberikan tawaran pekerjaan bagi fasa pertama bermula pada 13 Mei ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, sebanyak tiga buah syarikat terlibat membuat saringan dan proses temuduga iaitu Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Hartalega NGC Sdn. Bhd. dan Harumi Brands Sdn. Bhd. membabitkan 72 gelandangan lelaki.

“Kira-kira 21 gelandangan telah ditawarkan pekerjaan dan bakal mula bekerja pada 13 Mei ini manakala baki 51 orang akan ditemuduga oleh majikan lain dalam masa terdekat.

“Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberikan taklimat persediaan kerjaya di tiga Pusat Sementara
Gelandangan (PSG) pada 5 Mei lalu dan sesi sama juga akan diadakan di enam lagi PSG pada minggu hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber:
https://www.wilayahku.com.my/300-gelandangan-bakal-bekerja-mulai-13-mei/#.XrVJLS8qRdl.facebook

Siap dengan gaji minima ditambah dengan caruman KWSP dan PERKESO.

Semoga dengan usaha dan pertolongan daripada kerajaan kita terhadap golongan gelandangan ini Allah SWT  akan menghapuskan Covid-19 dari muka bumi Malaysia. 

Dan berkat doa para gelandangan itu semoga ALLAH SWT terus menjaga negara kita supaya terus aman dan terhindar daripada malapetaka serta musibah.

4 comments:

cikminah said...

Macam ini, baru bagus.

Barulah boleh dikatakan berjuang untuk rakyat. Bukan berjuang utk pangkat dan kuasa untuk isi tembolok sendiri.

Poor Indon said...

Apa PH buat sebelum ni? 00

cikminah said...

Mujur berlaku pendemik COVID, otherwise tak siapa perasan kewujudan kaum gelendangan.

TERIMA KASIH COVID19!!!!!

sani_aziz said...

Apa2pun tanpa mengira fahaman politik dan bangsa, usaha murni ini mesti disokong dan dan diberi pujian. Saya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Switzerland sedikit masa dulu dan saya dapati kerajaannya mampu menjadikan negaranya sifar gelandangan. Rakyat mereka akan dikutip dan diberi latihan teknikal untuk berdikari. Sangat teringin melihat Malaysia akan jadi negara seperti Switzerland. Tahniah Dato Seri Annuar