Monday, April 27, 2020

MOHON KERAJAAN DEDAHKAN MUKA PENGKHIANAT NEGARA. (JUAL MYKAD)


Foto-Berita Harian



JUAL MYKAD KEPADA WARGA ASING.

Hanya kerana tamakan duit dan ingin mengejar kekayaan dengan jalan singkat mereka sanggup mengkhianati negara, mengkhianati YDPA, mengkhianati bangsa dan agama.

Kerajaan perlu dedahkan wajah² pengkhianat ini agar kami rakyat Malaysia akan ingat sampai bila² wajah pengkhianat negara.

Laporan akhbar:

Sindiket jual MyKad tumpas, pegawai berpangkat tinggi ditahan

“Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan,” kata sumber dipetik Harian Metro.

Akhbar itu melaporkan kakitangan dan pegawai dari sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang serta Putrajaya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Difahamkan, polis akan menahan beberapa lagi individu selepas hasil siasatan mendapati 6 MyKad dijual sindiket terbabit sehingga kini.

Isnin lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berhubung pemberian MyKad kepada warga China untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini.

Media dimaklumkan, kes pemberian 5 MyKad itu tiada kaitan dengan JPN kerana ia berpunca daripada sindiket penipuan, manakala seorang lagi wanita China diberikan MyKad kerana beliau berkahwin dengan warganegara Malaysia hampir 20 tahun.

Ketua Pengarah JPN, Ruslin Jusoh dilaporkan berkata, wanita itu yang memiliki status Penduduk Tetap dan kad pengenalan merah, diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 2017.




3 comments:

cikminah said...

Hahaha....nak kena cabar, baru siar komen-komen kami yg tak sealiran dgn kamu.

Apapun, terima kasihlah En.Naim. You are the best. Tahu bila kami betul dan awak salah. Kalau macam ni, orang tetap kunjungi blog awak.

Bab ni saya sokong.
Ya, elok dedahkan muka si pengkhianat ni. Jangan bagi dia tutup muka di mahkamah. Tahu pulak malu.

Buat kerja haram, tak malu.

Nasib baik baru dapat beri 10 Ic bukan 76,280 orang, dah kena cekup. Elok mahkamah rampas semua harta dan duitnya. Penjarakan dia 20 tahun. Ajar dia cukup-cukup untuk dijadikan teladan kpd yg lain. Jangan ingat boleh mudah lepas.

Saya memang benci pengkhianat, pencuri, penipu, kaki fitnah dan penerima raswah. Tak faham kenapa ada manusia boleh mendewakan mahklok macam ni, asalkan MELAYU dan ISLAM, takpa. Bagi saya, MELAYU, CINA, HINDU, Kadazan, dayak, mat dan minah rempit, makcik kiah, pak mat atau Datok Sri dan Tan Sri semua perlu menerima hukuman. Takda beza. Mencuri, menipu,penerima dan pemberi raswah, perlu didedahkan dan dihukum sewajarnya. Barulah betul, rule of law.


Otai said...

Saya melayu. Tp sy paling benci melayu yg jual melayu. Menggunakan agama dan bangsa utk mencuri dan khianat negara.

Sex video said...

Pengkhianat negara tak perlu di selindung muka mereka supaya yg lain sedar akan kesalahan yg dilakukan supaya menjadi iktibar pada masyarakat bertapa kejinya perbuatan tersebut