Saturday, April 11, 2020

MACAM TAK PERCAYA DOKTOR NON-MUSLIM NI PUJI KLUSTER TABLIGH.



Perkongsian daripada Facebook Dr.Lavennia Gayatri:

I am Malaysian doctor, dont look at me like im hindu,im buddha n etc. 

Terkesan dengan pergi ke pusat kuarantin yang kebanyakan tabligh yg ikut itjimak seri petaling  jadi aku nak cerita sedikit pengalaman aku. 

Di tawau pusat kuarantine kami di IPG dekat balung tu. 

Kami tanya keadaan mereka seharian, ada masalah apa apa di tempat penginapan ka, ada develop gejala2 batuk demam selsema ka, dan melayan apa saja keluhan mereka dan kami akan cuba perbaiki kelemahan dari kami dan cuba memenuhi permintaan mereka tapi kami juga ada byk sekat dan batasan.  

Tidak bole la expect penginapan ini 100% perfect gitu bah. 

Pasti ada kekurangan dan kami pun tau
Keluhan pesakit disini biasanya makanan. 

Makanan seharian mereka adalah nasi putih/ ayam atau ikan goreng dengan sedikit sayur rebus gitu . 

"makanan la doctor kering sangat takde kuah2 gitu..tapi kami makan saja la dr untuk isi perut,nak buat macam mana kan" 

Kesian memang kesian. 

Bayangkan makan 3 kali sehari menu tawar yang sama. 

kamu rasa?

Bukan sebab mereka manja.

Tapi cuba kita bayangkan diri kita di tempat mereka. 

Terkurung dlm bilik 14 hari, makanan itu itu je dan sejuk, rindu keluarga, takde entertainment lgsg Bosan, sedih, berbeza dengan kuarantin dirumah bersama keluarga. 

Dont judge mereka so fast. 

Something to be respected bila I see them always pray jam2 12 mereka solat lps tu duduk atas katil.mereka baca alquran. 

Dengan keadaan kurang selesa gitu panas2 dan mereka tetap tidak terlepas solat,mengkhatam al quran. 

Salute mereka

Memang la aku pun rasa geram juga awal2 kenapala cluster tabligh ni bawa virus "ke sini ke sana" 

But lepas involve in covid team nie, ternyata bukan yg seperti diwar warkan di social media, sebenarynya orang tabligh nie banyak yang munculkan diri, volunterly dtg nak screen diri mereka. 

Skrg di pusat kuarantin pun tidakla mereka keluh nak ini nak itu seperti elit baru tu.mereka ikut je "doctor buatla apa yang terbaik, kami ikut je doctor"

Sebenarnya Tuhan tolong Malaysia nie sebab awal2 kita kena covid nie 1st cluster besar kan tabligh, memang semua maki hamun mereka,aku juga marah . 

Tapi ada aku terbaca post org lain hari tu yg bikin aku fikir dalam juga

" nasib cluster tabligh yg kena dulu, senang kita nak kenalpasti mereka,sebab pakai kopiah, berjanggut panjang(kebanyakan) ,berbaju jubah yaa jadi senang kita nak kesan mereka bawa mereka untuk screen dan ambil sampel dan tempatkan mereka di pusat kuarantin. bayangkan di negara luar, mcm mana mereka mau detect siapa siapa yg berisiko dpt covid nie"

so itula selalu ada je kebaikan daripada apa yg kita pikir buruk. 

Aku dapat pengajaran juga yg kita kena selalu pikir postive, Husnuzon, terima dengan hati terbuka not judgemental atau discriminative siapa pun. kita takde Hak!!

Peringatan untuk semua termasuk aku, skrg ni kita lawan covid bukan tindas sesama manusia, dont play race religion card ya this is not the time.

Corona virus duno who is malay,chinese indian sikh iban kadazan dusun bajau dia attack semua lapisan orang! 

I am a hindu and i think i need to write this up.

#wegottafightthis
#kitamestimenang
#unitedwestanddividewefall
#covid19 


Jadi janganlah terlalu cepat menghukum kluster Tabligh kerana mereka juga mangsa keadaan dan mereka tidak pernah meminta untuk dijangkiti apalagi menjangkiti orang lain.

3 comments:

cikminah said...

Yang jadi kemarahan orang, ialah golongan selfish. Selfish people ada di semua cluster, termasuk Tabligh. Contoh: kenapa orang Tabligh yg hadir jemaah di Sri Petaling, dijangkiti Covid...???

Jawabnya: Ada seorang tabligh yg selfish, membawa kuman ini dari KOREA. Seekor kerbau membawa lumur, semuanya terpalit!!!

Kemudian, tidak mahu berterus tentang sejarah dan latar belakang ketika melpor diri di spital, akibatnya, ramai kakitangan front line, TERJANGKIT!.

Golongan ini tak sedat dia membahyakan nyawa orang lain. Mereka inilah yg disumpah seramah,bukan Tabligh yg jadi victim covid.

Anonymous said...

Rata-rata rakyat Singapura mendesak kerajaan mereka mencontohi kerajaan Malaysia menguruskan Covid-19.

Mereka kata jika kerajaan Singapura tidak 'lockdown' seperti Malaysia, tak mustahil kes Covid-19 akan naik mendadak di negara mereka mengatasi negara kita.

Saya baca beberapa komen dari rakyat Indonesia yang berkata rakyat Malaysia beruntung dapat pemimpin yang cakna kepada rakyatnya. Dapat banyak bantuan. Sedangkan di Indonesia, masing-masing perlu usaha sendiri untuk hidup. Tidak keluar bekerja, maknanya tidak dapat makan.

Begitu juga di Filiphina. Semakin hari kes semakin meningkat, dan semakin ramai yang mati. Rakyat terpaksa 'berperang' dengan polis demi mencari makanan.

Dan pagi ini, saya lihat gambar ini pula. Semasa Perdana Menteri Thailand berucap, ramai yang memberi emoji marah, manakala semasa Perdana Menteri kita berucap, rakyat memberi sokongan penuh kepada 'abah' kita.

MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Dengan wabak yang sedang melanda negara kita, saya tetap dapat rasakan Allah merahmati kita semua.

Kita dapat menguruskan wabak ini dengan baik hingga diiktiraf dunia. Majoriti rakyat kita mendengar kata walaupun ada sesetengahnya degil dan menjengkelkan.

Barisan Hadapan kita sentiasa bersedia setiap masa untuk rakyat. Rakyat juga tidak jemu berganding bahu membantu mereka yang lebih susah.

Para pemimpin kita juga bukan biasa-biasa, orang yang alim, berilmu agama, seorang mufti, seorang ustaz.

Saya benar-benar terasa Allah melindungi dan merahmati bumi Malaysia.

Kalau setakat gebang bangang tapi tak menyumbang lebih baik duduk diam

Anonymous said...

Lihat fakta lah. Clustet tabligh causes some havoc. Rights does not clear the wrongs.Jika mereka cepat buat saringan kerja kkm dan dokter lebih senang.Apa takut nak corot mcm tikus.Tak salah jadi org tabligh.