Saturday, April 4, 2020

AHLI MAJLIS SALAH GUNA KUASA, MAIN BADMINTON KETIKA PKP INI SEPATUTNYA DIDAKWA.


Shah Alam – Seorang ahli Majlis Bandaraya Shah Alam di dakwa menyalahgunakan kuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Menurut aduan yang di hantar ke SuaraTV sebentar tadi, Yugarajah Palanisamy dikatakan telah mengarahkan dewan tersebut dibuka bagi membolehkan dia bermain badminton bersama kawan-kawannya. 

“Saya telah dihubungi oleh anggota saya, team PANTAS pada jam hampir 1 pagi tadi (03/04/2020) mengenai satu aduan berkenaan penggunaan Dewan MBSA / Pejabat MPP Zon 9 Jln Azalea 25/28. 

“Hasil pemeriksaan di dapati satu kumpulan lelaki India (4 orang) sedang bermain badminton dan pemeriksaan mendapati salah seorang daripada kumpulan tersebut adalah Ahli Majlis MBSA,” memetik kenyataan di dalam aduan tersebut. 

Menurut aduan tersebut, ketika disoal anggota polis yang bertugas, Yugarajah telah memaklumkan dirinya merupakan ahli majlis sambil memberikan kad identitinya bagi mengelakkan tindakan di ambil. 



“Satu kereta peronda polis dengan 2 anggota tiba dilokasi dengan aduan yang sama. PDRM memberi teguran supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama dan tidak membuat tangkapan. 

“Saya dan anggota terkesan dengan sikap Ahli Majlis ini yang seharusnya turut membantu dan mendokong usaha kerajaan dan MBSA dalam menguatkuasa kan arahan PKP,” ujar pengadu lagi. 

Pengadu turut melahirkan rasa kesal dengan sikap ahli majlis tersebut yang secara jelas mengunakan kedudukan yang ada untuk engkar arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini. 

“Beliau juga menggunakan Dewan MBSA walaupun arahan larangan telah dikeluarkan oleh Majlis. 

“Kalau tidak di fikirkan tentang nama baik MBSA kita biarkan saja polis membuat tangkapan,” ujarnya lagi. – SuaraTV 


Mengapa double standard? Jika rakyat biasa tindakan pendakwaan dan reman pasti diambil tetapi mengapa Ahli Majlis dapat pengecualian?

Ini tidak adil kepada rakyat kerana tindakan Ahli Majlis itu adalah pelanggaran terhadap undang-undang negara.




2 comments:

Anonymous said...

Darah mereka bukan merah macam rakyat marhaen dan kasta mereka cukup tinggi, jadi sebab itulah tindakan double standard menjadi SOP.

Unknown said...

Wtf, action should be taken against this ahli.majlis, clearly using his position as an advantage, should be no double standard