Saturday, March 14, 2020

SUSPEK COVID-19 LARI: TOLONG JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.



Kenapa pentingkan diri sendiri? 

Kita hidup didunia ni sorang² ker? 

Cubalah fkirkan pasal golongan ini:

1. Warga emas

2. Pesakit kronik (terutamanya membabitkan pernafasan)

3. Wanita mengandung

4. Bayi dan anak kecil yang lemah sistem imun.

Mereka ada hak untuk sihat dan tak patut dijangkiti kerana sikap kita.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang ada tanda COVID-19 dan menghilangkan diri ketika ditahan di Klinik Kesihatan Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam, semalam kembali semula ke klinik berkenaan pagi tadi.

Hasil pemeriksaan, lelaki berusia 54 tahun terbabit didapati tidur di sebuah kedai dobi di Seksyen 18, Shah Alam, bersama isterinya sebelum kembali semula ke klinik sekitar jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata lelaki berasal dari Bagan Serai, Perak itu juga sebelum ini turut dilaporkan menyertai himpunan tabligh di sebuah masjid di Sri Petaling, di sini, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Lelaki itu datang ke klinik berkenaan bersama isterinya namun mereka dilaporkan tiada di kawasan klinik selepas dimaklumkan lelaki itu perlu ditahan kerana mempunyai tanda COVID-19.

“Susulan itu, doktor di klinik kesihatan berkenaan kemudian membuat laporan polis selepas usaha menghubunginya tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Dengan ini, Polis Daerah Shah Alam, menasihatkan semua pihak untuk mendengar arahan pihak Kementerian Kesihatan dan tidak bertindak sesuka hati kerana boleh menyebabkan penyakit berkenaan berjangkit, ...tolong beri kerjasama,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama kes individu disyaki positif COVID-19 menghilangkan diri. Sebelum ini satu laporan polis turut dibuat Hospital Shah Alam, di mana satu keluarga yang baru pulang dari Korea Selatan, turut menghilangkan diri semasa pemeriksaan dilakukan, hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, kemudian dapat dikesan sebelum pihak hospital membawa mereka ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans. Berita Harian

No comments: