Monday, March 23, 2020

SIAPA 3 JUTA RAKYAT MALAYSIA YANG DEGIL SANGAT TAK MAHU DUDUK DIAM DI RUMAH NI?


Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar - Panglima Angkatan Tentera

Anggota ATM dan PDRM bekerjasama melakukan sekatan jalan raya di beberapa kawasan seluruh negara. Gambar Bernama.

KUALA LUMPUR: Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac ini, untuk membendung penularan COVID-19.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, angka itu merupakan jumlah yang besar dan perlu ditangani segera.

“Walaupun pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan mencapai kadar pematuhan 90 peratus, namun kita tidak boleh memandang enteng jumlah 10 peratus yang masih ingkar.

“Kegagalan juga bukanlah suatu pilihan kepada ATM, justeru kita akan membantu PDRM memupuk sifat berdisiplin di kalangan rakyat untuk mematuhi perintah dan arahan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. - Astro Awani

Tolonglah rakyat Malaysia, tolong bertimbang rasa... Kesianlah pada barisan hadapan ni:

Foto-Facebook


1 comment:

cikminah said...

Dia orang nak cari ajal, biarkanlah. Yangkena jangkit, keluarga dia. Takda kena mengena dgn kita.
Tengok dan tunggu jelah apa jadi.