Tuesday, March 17, 2020

QIHONG GAN DAN BENNY TEH SEKOLAHKAN KAUM CINA YANG TAK FAHAM BAHASA MELAYU.





Foto-Facebook




Semalam YAB PM telah membuat satu pengumuman khas mengenai 'Perintah  Kawalan Pergerakan'.

Pengumuman itu juga telah disiar secara 'live' di laman Facebook rasmi YAB PM.

Namun terdapat komen yang sangat menyakitkan hati rakyat Malaysia. Komen itu berbunyi " Woi...Speak English".

Sebenarnya terdapat komen yang agak sama menyerlahkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang gagal memahami Bahasa Kebangsaan.

Apa yang mengejutkan komen² itu telah menaikan kemarahan Benny Teh dan Qihong Gan.

Berikut adalah terjemahan ringkas:

Benny Teh:
"Dey kau ada IC biru kemudian mengaku rakyat Malaysia tapi tidak tahu Bahasa Kebangsaan. Tolong bungkus baju kau dan pergi balik China sebab kau memalukan kaum Cina Malaysia"

Qihong Gan:
"Aku sangat malu dengan komuniti orang Cina yang Kebanyakan mereka memberi komen 'Tak faham BM'. Tolonglah sekarang dah masuk tahun 2020, kalau betul nak perjuangkan masa depan yang baik tolong belajar dan hormatilah Bahasa Kebangsaan kita'

Aku bangga kita ada rakyat macam Benny dan Qihong sebab mereka mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia.

Semoga usaha mereka untuk menyemai kencintaan kaum Cina terhadap Bahasa Kebangsaan tercapai.

2 comments:

Anonymous said...

DEAR FELLOW CITIZEN. Belajar lah Bahasa Malaysia utk perpaduan dan di hormati.

CIKGU MICHELE said...

Masalahnya setitik nila, rosak satu belanga. So satu dua post begini, yang komen" Speak English " memang tak bijak. Sebab Bahasa Malaysia itu Bahasa kebangsaan dan bahasa utama. Yang Benny tu pun tak payah lah kata balik China. Lawak wei. Kami dah berkurun di sini , ini tanahair kami, tempat tumpah darah kami. Nak balik mana plak dah😄 Ok so kalau nak post benda negatif,tolonglah pikir tentang orang bangsa kamu yang mungkin kena tempias akibat post kamu.