Saturday, March 21, 2020

PELIK INFO TERKINI DEDAHKAN PENURUNAN KLUSTER TABLIGH TAPI PENINGKATAN KLUSTER MANA PULA NI?


Foto-Facebook

Apa yang dinyatakan saudara Afyan Mat Rawi itu benar.

Selain daripada perhimpunan Tabligh terdapat banyak perhimpunan lain yang melibatkan kehadiran puluhan ribu manusia.

Kenapa kita hanya memfokuskan himpunan Tabligh sahaja.

Jika dilihat daripada statistik terdapat penurunan melibat jangkitan kluster himpunan Tabligh tetapi terdapat peningkatan jangkitan daripada kluster lain.

Persoalannya sekarang daripada kluster mana pula peningkatan jangkitan itu.

Atas dasar inilah kita menyeru kepada mereka yang telah menyertai mana-mana perhimpunan yang melibatkan kehadiran puluhan ribu manusia supaya tampil membuat saringan.

Jangan hanya fokuskan kepada kluster himpunan Tabligh.

Kita sekarang sedang berperang dengan Covid-19 sepatutnya kita jalankan tanggungjawab masing-masing ialtu menyekat penularan wabak ini.

Setiap daripada ada peranan masing-masing jangan pentingkan diri sendiri.





8 comments:

Anonymous said...

https://www.facebook.com/VideoViralMalaysia/posts/3104985736187526
Respon dari pihak tabligh. Kena dengar dua2 pihak baru adil

Kamal said...

Yg pasti 3/4 yg mati adalah dari tabligh....

dingdong said...

Hari ni naik balik der..

Jagoan said...

Kerana himpunan tabligh melibatkan jemaah luar negara

Anonymous said...

Dari 183 kes baharu 90 dikatakan drp kluster tabligh (sudah semestinya Islam) 63 kes lagi dari kluster mana pula? Dan dlm kalangan penganutagama mana? Dari 1183 kes perlu ada pencerahan dan jangan semberono menyalahkan kluster tabligh. Kena telus dan jangan mengkambinghitamkan kelompok tertentu. Kita kena telus dan ikhlas.

cikminah said...

Sudah 8 orang mati di mana 6 dpdnya dari cluster TABLIGH. Nak nafi pun, dah tersekat. Jadi, terimalah kenyataan yg maha pahit ini.

Unknown said...

3/4? Awak tau berapa ribu Tabligh yg sertai perhimpunan minggu itu.. kalau 3/4 pun main ribu juga ..yg mati setakat harini 8 sj... jangan mencipta fitnah Tuan, kut ya benci pd Tabligh pun

Anonymous said...

Hadap jelah, Bukankah Rasulullah dah bersabda, jangan masuk ke kawasan yang dilanda wabak, dan jangan keluar sekiranya kamu dah berada di dalam kawasan itu." Ini tak, sibuk bawa orang dari Iran, India, Itali datang ke sini, Sama-sama kita menghadapinya kata Pak Uda!