Thursday, March 19, 2020

AKHIRNYA 1 BAS KENA KUARANTIN.

Gambar hiasan

Untuk maklumat semua peristiwa ini berlaku sebelum perintah kawalan pergerakan dikeluarkan.

Inilah sebenarnya objektif kerajaan apabila melarang masyarakat untuk pulang ke kampung masing-masing.

PETALING JAYA: Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan mengesahkan seorang penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif Covid-19.

Penumpang itu menaiki sebuah bas ekspres Plusliner dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 4 petang 16 Mac lalu.

Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan menggesa semua penumpang bas berkenaan menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Terdahulu, penumpang yang dijangkiti virus itu melakukan ujian saringan di Johor Bahru dan diarahkan menjalani kuarantin.


Sumber:https://www.facebook.com/323440711827/posts/10157067151761828/

Patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan...

1 comment:

Anonymous said...

patut syukur 1 bas kena 👍