Tuesday, March 17, 2020

6 POINT PENTING DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERMULA 18 MARCH 2020.



“PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN”

1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services).

- YAB PM

Sumber:https://www.facebook.com/716388591/posts/10157919057533592/

Marilah kita rakyat Malaysia pastikan perintah kawalan pergerakan ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Tolonglah jangan buat pembelian panik dan patuhilah larangan² yang telah dinyatakan YAB PM.

Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua.

No comments: