Pages

Monday, February 24, 2020

RAMAI PEMIMPIN PH YANG TAK BOLEH TIDUR LENA SEMALAM DISEBABKAN ISU INI.

Foto-Harian Metro


Seluruh rakyat Malaysia tertumpu pada desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula lanskap politik negara yang mana beberapa mesyuarat penting dilihat berlangsung di beberapa lokasi berbeza semalam. 

Berikut adalah kronologinya:

9 pagi - 1 tengah hari
Pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia berkumpul di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, menghadiri mesyuarat itu diiringi Presiden Bersatu, yang juga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dilihat berada di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

1 tengah hari - 4 petang
Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Kerja Raya Baru Bian juga dilihat berada di Hotel Sheraton.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan mesyuarat di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir meninggalkan bangunan Menara Yayasan Selangor.

Pemimpin-pemimpin utama Bersatu termasuk Dr Mahathir mengunci mulut apabila ditemui media selepas mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat parti itu.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa tiba untuk mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Media mula berkumpul di pintu masuk Istana Negara.

4 petang - 7 malam
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah hadir di Hotel Sheraton dan memberitahu media ia hanya “mesyuarat kawan-kawan."

Naib Presiden PKR Tian Chua tiba di Hotel Sheraton.

Lebih 20 kereta yang membawa ahli politik memasuki Istana Negara. 

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Ritz-Carlton.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tamat.

Majlis zikir, selawat, bacaan yasin dan solat hajat di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut.

Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di Hotel Sheraton.

7 malam - 9 malam
Ahli Parlimen Jeli dari Bersatu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hasan, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Annuar Musa tiba di Hotel Sheraton.

Ahli Parlimen Sembrong dari UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di Hotel Sheraton.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Hotel Sheraton.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hotel Sheraton.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Hotel Sheraton.

9 malam - 12 malam
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan Hotel Sheraton.

Laungan 'reformasi’ kedengaran dari pekarangan kediaman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Hotel Sheraton.

Beberapa pemimpin PKR tiba di kediaman Anwar, antaranya, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Pengasas Bersama Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali.

Azmin memberi ulasan ringkas kepada pemberita ketika meninggalkan pekarangan hotel.

Sumber:Bernama

3 comments:

  1. Najib sahkan tandatangan SD sokong gabungan baharu dengan bersyarat..!!

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Parlimen UMNO dilaporkan sudah bersetuju dengan gabungan baharu yang bakal dibentuk di Putrajaya tetapi dengan syarat tertentu.

    Bercakap kepada portal The Malaya Post, Najib mengesahkan sudah menandatangani akuan berkanun (SD) bagi membolehkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk gabungan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional.

    “Ya, saya sudah tandatangan, namun syaratnya haahh tepokkk,” katanya.

    ReplyDelete
  2. akhirnya.... dapat jugak puak2 serban 5 kilo kat kepala jadik menteri....muka bangga nnt tu kuar kat tv....waakkak

    ReplyDelete
  3. Tahniah la ye... Cerah masa depan Malaysia lepas ni...

    ReplyDelete

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.