Pages

Wednesday, February 5, 2020

KERANA TAKUTKAN ALLAH ANAK KECIL INI SANGGUP LAWAN HUKUM GRAVITI.

Sumber- Fb Oh Malaysia Ku


Geli hati melihat kerenah anak kecil itu tapi disebaliknya terdapat pengajaran.

Amal yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari seorang hamba adalah sembahyangnya. Jika sembahnyangnya baik maka dia telah berjaya dan beruntung, sebaliknya jika rosak, sesungguhnya dia telah gagal dan rugi”. ¹

Berkenaan dengan penghuni neraka, Allah berfirman, maksudnya, “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan kami membicarakan yang batil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian”. Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa’at pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.” (Al-Muddatsir: 42-48)

Nabi s.a.w bersabda, bermaksud,

“Sesungguhnya ikatan (pembeza) antara kita dengan mereka adalah sembahyang. Barangsiapa meninggalkannya, maka telah kafirlah ia” ²

1.Sahih: Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam “Asy-Syu’ab” (3016) dari Abu Hurairah, dan ia lemah, Dan diriwayatkan oleh Ath-Thayalisy, Adh-Dhiya dan beberapa orang lagi. Syaikh Al-Albani mensahihkannya dalam “Ash-Shahihah” (1358), dengan berbagai jalur periwayatan dan hadis-hadis penguatnya dengan lafaz, “Maka apabila solatnya baik, baik seluruh amalnya dan apabila rosak solatnya, rosak seluruh amalnya.[Lihat dalam shahih “Al-Jami’ “ (2573)]

2. Hasan (baik). Diriwayatkan oleh Ahmad (5/348), At-Tirmidzi (2621), An-Nasai (1/231), Ibnu Majah (1079) Ibnu Hibban (1/352), Al-Hakim (1,6-7) Al-Baihaqi dal Asy-Syuaib (2538), dan As-Sunan (3/366), dari Buraidah Dan Syaikh Al-Albani menyatakan hasan dalam “Shahih Al-Jami’ ” (4022)

Pengajaran terakhir ialah datanglah awal ke Masjid untuk rebut saf pertama kerana pahalanya sangat besar.

Tahniah kepada Ibu bapa anak kecil ini kerana telah memupuk mereka untuk solat.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.