Thursday, January 2, 2020

TAHUN DAH MASUK 2020 TAPI MENTALITI RAKYAT MALAYSIA MASIH TERSEKAT DIZAMAN BATU, INI BUKTINYA:




WALAUPUN hari ini melangkah ke tahun 2020 namun sikap masyarakat negara ini masih tidak berubah dan suka membuang sampah merata-merata. 

Ini terbukti apabila pekerja Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mengutip sembilan tan sampah sarap yang dibuang orang ramai di lokasi menjadi tumpuan di ibu kota ketika menyambut ambang tahun baru.

Foto-Alam Flora

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, sampah dikutip di kawasan KLCC sebanyak empat tan, Bukit Bintang (2.5 tan) dan Dataran Merdeka (2.5 tan). 

Menurutnya, seramai 100 orang termasuk pekerja am, pemandu dan penyelia Alam Flora membabitkan 10 unit jentera kompaktor dan pembersihan bertugas membersihkan sampah sarap itu.

“Kita mengambil masa lapan jam untuk mengutip dan membersihkan lokasi tumpuan terbabit yang dibuang sampah oleh pengunjung,” katanya - Harian Metro

Bila lagi Malaysia nak maju dan bersivik kalau sikap rakyat kita masih kurang kesedaran sivik.

Antara sebab mengapa Jepun boleh jadi sebuah negara yang maju dan bersivik ialah kerana sikap rakyatnya yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

Setakat rakyat kita yang berak pun tak tahu nak 'flush' jangan mimpilah kita nak jadi negara hebat macam Jepun.

Tolonglah ubah sikap, setiap benda yang kecil ini bermula daripada diri kita. Bermula daripada 1 Januari 2020 ni tolonglah jangan lagi buang sampah merata² macam manusia yang tiada sivik.

Sekian.


2 comments:

Anonymous said...

Geng berguling2 atas jalan punya angkara nie!

tok janggut said...

Goverment kena buat sesuatu ttg ini..harapkn dgn kita nasihat dlm paper atau blog mcm curah air k daun keladi..
Jepun dlm sistem pendidikn dah ditekan ttg ini dan bukan dilakukn dgn sekadar ada je . Mcm ...