Wednesday, January 22, 2020

SETUJUKAH ANDA BAHWA MALAYSIA ADALAH SYURGA BUAT PEMINUM ARAK DAN PEMANDU MABUK.



Media liberal sibuk menyerang Islam dan ibadah umat Islam. 

Tetapi tidak pernah menentang kegilaan pemandu mabuk yang telah membunuh ramai nyawa insan tidak berdosa. 

Malah siap menjustifikasi lagi peminuman arak di tempat awam. 

It's time we fight back. 

Haramkan peminuman arak di tempat terbuka, dan mereka yang ditangkap memandu ketika mabuk disumbat ke penjara sekurangnya 30 tahun. 

Dan jika mereka terlibat dalam kemalangan maut, hukuman mati mandatori perlu dilaksanakan. 

Ini semua demi menjaga keselamatan nyawa mengikut prinsip Maqasid Syariah.

Kredit gambar: @nazry salam


Kerajaan sibuk memaksa rakyat membeli 'car seat' untuk bayi tapi gagal mengenal pasti dan mengekang punca² kemalangan seperti pemandu mabuk.

Boleh dikatakan hampir selalu kita mendengar kes kematian yang melibatkan pemandu mabuk melanggar pengguna jalanraya yang lain.

Anak menjadi yatim piatu, wanita menjadi balu, lelaki menjadi duda akibat nafsu serakah pemabuk.

Media pula sibuk mempersoal ibadah umat Islam yang sedikit pun tidak mengganggu keselamatan manusia lain tetapi tidak pula memfokuskan tentang kerosakan yang telah dilakukan oleh pemandu mabuk.

Setiap daripada kita nanti akan mendakwa pemimpin² Islam kerana mereka gagal mengharamkan arak walaupun mereka mampu... Nantikan dakwaan mangsa² pemandu mabuk diakhirat kelak...

Sekian.




No comments: