Foto-Facebook
Misalnya penyakit kusta yang dikatakan kembali selepas negara dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) secara amnya mencatatkan kes baharu di antara 200 hingga 300 setahun mengikut data.
Namun begitu apakah langkah yang kerajaan buat untuk menangani permasalahan ini?
Rata-rata rakyat mempertikaikan keputusan Kerajaan memberi kebenaran untuk warga asing masuk tanpa visa kerana ia salah satu penyumbang kepada penularan penyakit berjangkit.
Kerajaan tidak akan mampu mengawal dan menapis lambakan warga asing.
Sudahlah kita dikejutkan baru-baru ini dengan kes ini:
Satu video muncul memaparkan seorang pengendali di pengimbas haba klia2 tertidur di meja, menimbulkan kebimbangan akan kemungkinan pelancong-pelancong yang menghidap penyakit berjangkit menyusup melepasi langkah-langkah yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan, di sebalik ketakutan mengenai wabak influenza dan polio di Sabah.
Video itu diambil pada 26 Dis, pada hari pegunjung musim cuti bergerak ke terminal klia2.
Video itu juga menunjukkan seorang lagi kakitangan di ruang itu sibuk dengan telefon bimbitnya.
Pengimbas haba dipasang di lapangan terbang sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengekang penyebaran penyakit berjangkit, membolehkan kakitangan menghalang mana-mana orang dengan suhu badan melebihi 37 darjah Celcius memasuki negara. - FMT
Akhirnya yang menjadi mangsa dan korban ialah rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment