Friday, January 31, 2020

BACAAN SURAH AL-FATIHAH IMAM KELAUT, INI CARA PALING WIN UNTUK TIAW IMAM. ( LAMPIRAN 27 KESALAHAN TAJWID AL-FATIHAH)



Untuk yang belum mengetahui, ketahuilah bahawa bacaan Al-fatihah dalam solat adalah termasuk dalam rukun solat.

Itu bermakna jika rosak bacaan Al-fatihah maka rosaklah solat.

Adalah menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk tahu membaca surah Al-fatihah secara betul lebih-lebih lagi jika menjadi imam.

Mungkin untuk menegur bacaan imam yang salah bacaannya secara berdepan adalah sangat sukar untuk dilakukan namun cara brader ni tegur imam sangat 'rare' dan agak melucukan.

Semoga imam tersebut mengambil teguran itu secara positif dan memperbaiki bacaan Al-fatihah beliau.


Berikut adalah 27 kesalahan tajwid yang biasa dibuat dalam bacaan Surah Al-fatihah:




1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”.

2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah. 

3&4. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim” 

5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun. 

6. Bacaan/Sebutan huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ 

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”. 

8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”. 

9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ. 

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”. 

11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas. 

12. Kesalahan sama seperti nombor 10. 

13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ. 

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’. 

15. Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”. 

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan. 

17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ. 

18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis. 

19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini. 

20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ 

21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ. 

22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”. 

23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah. 

24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya. 

25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ. 

26. Huruf ﺽ tidak disabdukan. 

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.

Semoga menjadi panduan kita bersama, andai ada kesilapan untuk keterangan di atas, mohon teguran.


Namun begitu untuk mereka yang baru memeluk Islam tidaklah diberatkan untuk mereka membacanya dengan makhraj dan tajwid yang tepat tetapi cukuplah bacaannya hampir kerana mereka masih baru dengan huruf hijaiyah dan al-Quran.

Tidak perlu kita memberatkan mereka kerana mereka masih dalam proses belajar dan mungkin mereka akan membacanya lebih baik daripada kita setelah belajar.

Sekian.




1 comment:

Jagoan said...

Terbaik...ilmu berguna ni