Friday, December 27, 2019

BOSAN RUMAH SERING DIMASUKI PENCURI, TUAN RUMAH INI BUANG SEMUA TINGKAP DIRUMAHNYA.


Foto-Harian Metro

Kelaziman sesebuah rumah dilengkapi dengan beberapa tingkap yang berperanan sebagai pengudaraan serta pencerahan ruang daripada cahaya matahari, namun sebuah rumah di Taman Koperasi di Kangar agak unik dan menarik perhatian sesiapa yang memandang kerana ia hanya mempunyai dua pintu tanpa sebarang tingkap.

Sekali pandang persis seperti sebuah gua, namun bagi seorang kontraktor elektrik, Mohamad Hanif Allah Pitchay, 42, beliau mempunyai alasan yang kuat mengapa rumahnya tidak mempunyai tingkap .

Mohamad Hanif berkata, sebelum ini rumahnya mempunyai tingkap seperti rumah lain, namun selepas dua kali dimasuki pencuri yang mengakibatkan kehilangan sejumlah wang dan motosikal, beliau mengambil keputusan ‘membuang’ semua tingkap pada hujung tahun lalu.

Ketika wartawan Bernama melangkah masuk ke ruang tamu rumah teres setingkat itu, mendapati suasana sedikit malap, cuma samar-samar cahaya matahari yang menerjah masuk menerusi pintu dan ruang udara kipas ekzos yang terdapat di rumah itu.

Mohamad Hanif yang menyambut mesra kehadiran Bernama, memetik suis lampu di kiri pintu bagi menerangi suasana dalam rumah sungguhpun cahaya matahari memancar dengan terang di luar.

“Sebenarnya idea mengubah suai rumah menjadi tanpa tingkap juga datang daripada ibu saya, Habsah Mohd Gani yang mana sebelum rumah ini dipecah masuk pencuri, beliau (ibunya) menganggap ruang tingkap sangat leceh untuk dijaga.

“Hari-hari emak saya asyik mengemas dan mengadu penat membersihkan kotoran debu di tingkap dan kerap membasuh langsir berkali-kali dan ini mendorong saya untuk membuang tingkap rumah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sumber


No comments: