Friday, December 6, 2019

BOLEH MENANGIS TOK IMAM DAN JEMAAH BILA BACA SURAT LAYANG KANAK-KANAK NI.


Baru-baru ini telah tular sekeping surat layang yang ditulis seorang kanak-kanak yang tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan solat di saf hadapan bersama jemaah yang lain.

Berikut adalah gambar isi kandungan surat tersebut, perkongsian Yusrie Yusoff:

'Klik' gambar untuk lebih jelas

Surat layang buat tok imam dan jemaah surau dari seorang kanak2 yg tidak puas hati dihalau dari saf depan...

Semoga jadi pengajaran buat semua.. melentur buluh biar lah dari rebungnya.. jgn bezakan umur untuk rebut saf depan.. allah tak pernah bezakan hamba2 nya dlm beribadat..siapa lah kita nak bezakan sesama manusia.. kita semua sama ja..

Sumber: Yusrie Yusoff


Berikut adalah ulasan yang dipetik daripada web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (link): 

Kedudukan Kanak-Kanak Di Dalam Saf Solat

Berikut merupakan beberapa keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

Pertama: Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.  

Kedua: Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya. 

Ketiga: Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. 

Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. 

Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (27/36-37).


Cadangan & Syor

Setelah kami bahaskannya maka kami dapati dan mencadangkan seperti berikut:

Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Kami syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

Jika kanak-kanak mampu berdikari,  aulanya diletakkan di saf kanak-kanak.

Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kank dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. 

Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.




No comments: