Klik gambar untuk lebih jelas
Tidakkah ini mendatangkan tanda tanya apabila seorang atlet cemerlang Sukan Sea baru-baru ini langsung tak 'mention' nama Syed Sadiq selaku Menteri yang menerajui Kementerian itu dalam ucapan penghargaan beliau.
Namun persoalan itu mungkin terjawab dengan kenyataan Irfan Shamsuddin sebelum ini:
Foto-nst
Berdasarkan pemerhatian ternyata Syed Saddiq tidak mempunyai kemampuan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.Pencapaian di Sukan Sea yang merosot baru-baru ini jelas melihatkan ketidakupayaan beliau untuk menerajui kementerian tersebut.
Beliau seolah-olah tidak mempunyai hala tuju dan visi dalam menerajui kementerian terbabit jika dibanding dengan Menteri terdahulu iaitu YB Khairy Jamaluddin.
Belum terlewat untuk PM merombak kembali kementerian terbabit supaya individu yang lebih layak dan berkemampuan dapat menerajui kementerian tersebut.
14 comments:
Kalau PM rombak kabinet sekali pun , saya tidak nampak sesiapa yang layak didalam kabinet PH memegang jawatan tersebut, semua cap ayam..
nak bagitahu satu sen pun us govt sponsor atlit mereka tapi dapat emas berkilo2. so what is a problem. go for qualiti sport yg bolih menang.
ya btul..pru nnt kita ganti dgn kumpulan muafakat penyamun.sorang bugis..sorang ponorogo..hidup melayu!
Lantik awklah....sbb org lain semua cap ayam..
Ada ayam kelepet umno bn ramai
Aku cadang mat sabu...atau zuraida
ek eleee yb kj masa jd menteri kbs bola sepak negara jahanam.. skrg bola sepak nampak peningkatan...apa citer...buta ke
ni lah melayu, asik dok salah orang lain saja. sendiri tak boleh perform menteri pulak yg disondolnya..jenis atlit manja mcm ni la
Yelah ..semua yg kerajaan pH buat tak betul. Semua kerajaan bn buat betul
Siapa pun jadi menteri dan dari parti manapun kalau pasukan tidak cemerlang, maka alasan yang paling mudah adalah salahkan menteri dan kerajaan. Juara badminton Malaysia Lee Chong Wei dan juara squash Nicol Ann David sentiasa sahaja cemerlang walaupun bertukar menteri dan kerajaan. Dalam kementerian yang menggendalikan sukan ada berapa ratus ramainya, apa yang mereka lakukan. Kalau begitu senang betul kerja mereka, bila gagal menteri yang SEORANG itu dipersalahkan, rakyat yang tidak faham apa2 pun sama menuding jari.
Annon 4:07, apabila anda bandingkan Irfan Shamsuddin dengan Chong Wei dan Nicole anda telah memperlihatkan kedangkalan hujah anda.
Cuba fahami isu yang berlaku... Menteri sebelum ini menguruskan atlet dengan baik fan keputusan drpd kerjaya baik itu atlet telah mencatat keputusan yng membanggakan.
Syed Saddiq tidak mempunyai visi yng jelas kemana arah tuju sukan negara yng dia nak bawa.
Mengapa dia menafikan peruntukkan kepada atlet yng cemerlang seperti Irfan?
Irfan sudah bangkitkan isu itu sekian lama.
Anon 10:40 AM Petikan dari BH Online bertarikh 17 Januari 2019 - "Sementara itu, mengulas kritikan atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin terhadapnya di akaun Instagram miliknya, Syed Saddiq berkata, beliau terbuka kepada kritikan yang dilemparkan kepadanya namun ia perlu melalui saluran yang betul.
"Masalahnya tak ada cubaan langsung untuk hubungi saya atau mana-mana pasukan saya dan pada masa sama terus luahkan di media sosial.
"Lepas itu apa yang dimaklumkan oleh MSN dan persatuan sukan dia sendiri (Kesatuan Olahraga Malaysia) bertentangan dengan apa yang dimaklumkan. Di situ mungkin ada salah faham.
"Jadi tanggungjawab saya adalah untuk cuba cari jalan penyelesaian secepat mungkin," katanya yang mengesahkan ada menghubungi Irfan hari ini untuk menyelesaikan masalah itu.
Irfan semalam bertindak melepaskan kemarahan dan mempersoalkan kewibawaan Syed Saddiq di akaun Instagram sehingga mencetuskan pelbagai reaksi".
"Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya memohon maaf dan bertanggung-jawab sepenuhnya atas kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran ditetapkan pada Sukan SEA 2019 di Filipina."
Baca berita penuh : https://ttkm.com.my/2019/12/16/sukan-sea-gagal-capai-sasaran-saya-mohon-maaf-syed-saddiq/
Saya simpati apabila tuan Syed berkata; “Kebangkitan atlet dari negara Vietnam dan Thailand khususnya dalam sukan tradisi seperti olahraga, renang dan pelayaran menyebabkan pingat yang disasarkan tidak dapat dicapai selain daripada Filipina sebagai negara tuan rumah, turut menggagalkan sasaran kita dalam sukan ragbi dan olahraga, khususnya.
Beberapa atlet yang disasarkan telah tewas kepada atlet negara lain terutama tuan rumah yang menggunakan atlet dua kerakyatan, di mana sebelum ini tidak mempunyai sebarang rekod prestasi kerana tidak pernah mewakili negara tersebut,” – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Post a Comment