Foto-Tweet
Soalan Nina Rose ni berbunyi, dizaman moden ini perlukah seorang isteri minta izin suami kalau hendak keluar atau berkawan dengan mana-mana lelaki?
Jawapannya sangat mudah sis, kalau engkau nak jadi penghuni neraka jahanam engkau tak perlu minta izin suami.
Islam bukan agama yang mengikut zaman tetapi zaman yang mengikut Islam.
Semoden mana pun kehidupan kita kini agama tetap berada dihadapan.
Adakah kerana faktor zaman kita hendak nafikan aturan agama?
Nas dan dalil agama melarang perbuatan keluar rumah tanpa izin suami, tetapi sekiranya mudarat berlaku jika isteri terus berada dalam rumah contohnya kes dera dan sebagainya isteri diizinkan mendapat bantuan dengan keluar daripada rumah.
Suami juga berdosa besar jika melarang Isterinya bertemu atau menziarahi ibu dan bapa si isteri. Tindakan memutuskan silatulrahim adalah ditegah dalam Islam.
Nasihat saya kepada Nina Rose, agama tidak ikut peredaran zaman mahupun mengikut kepala dan otak tapi mengikut nas dan dalil.
Dalam bab dunia kita boleh ikut ijtihad tapi dalam bab syarak kita ikut Al-Quran dan Hadis.
Sekian.
5 comments:
bro...mana tau neraka kirim salam kat dia? saya curious juga nak tahu macam mana bro boleh tau neraka kirim salam kat dia...mungkin bro rasa bro dah confirm syurga tapi janganlah meNERAKAkan orang...hati-hati kadang-kadang yang perasan syurga ni boleh terhalang jugak disebabkan keSOMBONGan...
kalau nak berdakwah, dakwahlah dengan hikmah...
p/s: kalau tak nak publish comment pon takpe sebab ni direct untuk orang yang perasan confirm syurga...
Tidaklah sy menjatuhkan hukum, 'neraka kirim salam' itu cumalah perumpamaan.
Kita sedia maklum dengan peristiwa Israk Mikraj dimana Nabi SAW pernah melihat ramai wanita berada dalam neraka berbanding lelaki dan penyebab wanita dineraka adalah kerana derhaka terhadap suami.
Tidak perlu sesiapa pun merasakan diri sebagai ahli neraka melainkan jika mereka sedang melakukan dosa yang akan mencampakkan kita kedalam neraka jahanam itu.
Tidak perlulah terasa jika anda ialah wanita yang Solehah ataupun anda telah bertaubat drpd melakukan dosa² besar dan antaranya menjadi isteri derhaka.
Suami pun tidak terkecuali drpd api neraka jika gagal mendidik isteri atau menzalimi isteri dan anak²nya.
Semoga kita dijauhkan drpd azab api neraka...
Saya tidak terasa kerana in sha Allah saya cuba membawa diri dan keluarga mengikut ajaran islam yang sebenar...tetapi agak terkilan dengan golongan yang KONONnya bijak pandai agama dengan sesukahati melabel orang AHLI NERAKA/KAFIR/MUNAFIK dan seangkatan dengannya...
saya sangka baik, mungkin dia lupa dengan mudah dan sesukahati melabel & menjatuhkan hukum begitu, sekiranya dia tersilap, label itu akan jatuh pada dia...berhati-hati bila bercakap/menaip...
jauhi sikap SOMBONG...berhati-hati membuat posting, semak sebelum sebar dan berdakwahlah dengan hikmah...semoga bro diberi hidayah dan bimbingan dalam posting akan datang...
Baguslah jika saudara tidak terasa kerana posting ini memang dibuat untuk memberi kesedaran dan mengetuk hati² yang sedang lalai dengan Islam.
Sudahlah jahil diajak pula org lain menjadi isteri derhaka.
Sama²lah kita berdoa semoga dia bertaubat sebelum nyawa dicabut dan semoga dia tarik balik post yang bodoh itu.
Seakan² sudah hilang rasa malu...
Nina Rose tu ada kemungkinan bukan berugama Islam. Gambar pun kena sensored manalah kita tahu.
Post a Comment