Foto- Infografik Jalur Gemilang
Pada umumnya bendera Malaysia atau nama khasnya Jalur Gemilang boleh dilihat dan didapati dengan sangat mudah dalam carian internet, google misalnya.
Mustahil untuk sesiapa pun akan terlepas pandang tentang perkara ini.
Seorang pereka grafik biasanya akan membuat semakan dan rujukan terlebih dahulu sebelum membuat rekaan grafik.
Untuk kes ini bahan rujukannya ialah Jalur Gemilang itu sendiri. Pereka grafik pasti akan merujuk Jalur Gemilang sebenar sebelum membuat olahan untuk poster atau sebagainya.
Dalam kes ini pereka grafik tersebut telah mengubah ciri-ciri khas Jalur Gemilang yang kita sedia maklum setiap ciri-ciri itu datang dengan maksud tertentu.
Bukan sahaja bucu bintang tetapi jumlah jalur Merah dan Putih juga membawa maksud yang tertentu.
Berbalik kepada pereka grafik, setelah rekaannya siap sudah pastinya pereka grafik tersebut akan mempersembahkan rekaannya kepada klien dan meminta pendapat dan persetujuan mengenai rekaannya itu terlebih dahulu.
Bermakna ada dua tapisan, pertama pereka grafik itu sendiri dan kemudian kliennya.
Mustahillah kedua-dua mereka tidak sedar akan kesilapan itu dan ternyatalah perbuatan itu sebenarnya adalah disengajakan.
Apa yang pihak berkuasa patut dan wajib lakukan ialah menjatuhkan hukuman yang berat untuk memberi pengajaran kepada pengkhianat negara ini supaya insiden yang sama tidak akan berulang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment