Friday, November 29, 2019

MENANGIS GEMBIRA IBU BAPA DAN GURU APABILA MELIHAT BETAPA HEBATNYA CARA ANAK-ANAK DAN PELAJAR MEREKA MERAIKAN KERTAS TERAKHIR SPM. ( 4 GAMBAR)


Baju tu boleh jer bagi kepada adik-adik jimat sikit duit mak bapak.


 Masih ingat dialog filem 'Anakku Sazali':
"Lihatlah pengikut² Sazali bapak"




Aksi bijak dan bertamadun mengganggu lalu lintas.

Sumber gambar: Fb Mynewshub


TINDAKAN sekumpulan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkumpul dengan menunggang motosikal sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain bagi meraikan tamatnya peperiksaan mengundang padah apabila ditahan polis trafik di Klebang, Melaka, hari ini.

Pelajar terbabit dikatakan bukan hanya berkumpul dan membuat bising, malah turut melakukan aksi berbahaya.

Sehubungan itu, kumpulan remaja berkenaan ditahan sepasukan anggota polis trafik pada 1 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, pemeriksaan dilakukan di dua lokasi iaitu di Bandar Melaka dan Klebang sebaik tamat peperiksaan SPM.

Beliau berkata, hasilnya seramai 13 remaja berusia antara 16 hingga 17 tahun ditahan bagi siasatan sebelum dibebaskan sebaik keterangan mereka diambil.

“Sebanyak 17 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal terbabit selepas didapati melakukan kesalahan trafik.

“Antara kesalahan dikesan adalah tiada nombor pendaftaran, tiada lesen memandu, tidak patuh tunjuk arah trafik serta tidak memakai topi keledar.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Batang Tiga dan kes disiasat mengikut Akta Kesalahan Lalu Lintas,” katanya. - Harian Metro


Entah apa yang mereka belajar di sekolah sehingga tidak mampu berfikir secara waras.

Adakah ini bukti bahawa sekolah gagal mendidik pelajar supaya menjadi manusia yang mempunyai kesedaran sivik.

Ataupun ini adalah kesalahan Ibu Bapa kerana gagal mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

Tuding-menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah, kerana institusi sekolah , keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan mendidik para pelajar ini menjadi manusia yang berguna.

Kalau kita semua tidak menjalankan tanggungjawab mendidik maka tunggu sahajalah generasi kita ini hancur.

Saya pun mendidik melalui blog ini.

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

BODOHNYA CARA MERAIKAN HANYA TAMAT EXAM..CONFIRM RATA2 ANAK MELAYU..OTAK MCM NI NAK BAGI PELUANG MENGUNDI...JAHANAM NEGARA !!! SALAHNYA KERANA LARANGAN MEROTAN..PADAN MUKA KAMU WAHAI IBU BAPA YG SAYANG ANAK..CIKGU PUKUL IBU BAPA TERUS SERANG CIKGU..INILAH JADINYA ANAK2 KAMU ITU WAHAI IBU BAPA PENYAYANG