Foto-harian metro
BEIJING CHINA: Beberapa pembeli rumah di satu kawasan pangsapuri baharu terkejut dan kecewa selepas pemandangan taman yang dijanjikan pemaju, hanyalah rekaan dalam risalah pemaju malah kolam buatan yang dijanjikan itu cuma kawasan tanah yang ditutup plastik biru.
Foto tanah yang ditutup plastik biru
Perkara itu hanya diketahui pembeli berkenaan sewaktu mengambil kunci rumah selepas melihat tiada kawasan taman seperti yang dijanjikan pemaju di Beichen Central Park di Changsha, wilayah Hunan, lapor South China Morning Post.
Saluran TV Hunan Satellite melaporkan, selain dijanjikan ‘kawasan yang dilindungi tumbuh-tumbuhan tinggi’ dan ‘gaya hidup taman,’ pemilik baru turut dikejutkan dengan kawasan awam dilitupi plastik biru yang kononnya seperti tasik dan satu jambatan kayu kecil.
“Saya berdiri di tengah-tengah ‘air biru’ yang sebenarnya tidak wujud malah tiada batu atau tumbuhan (sebagai hiasan),” kata seorang pembeli rumah.
Bagaimanapun pemaju, Changsha Shiji Yujing Real Estate mempertahankan tindakan mereka dengan berkata, mereka tidak pernah menjanjikan tasik buatan di komuniti perumahan itu walaupun terdapat di dalam risalah.
Sumber: Harian Metro
Pemaju yang bijak sepatutnya meniru apa yang kerajaan PH buat, katakan sahaja risalah bukan kitab suci.
No comments:
Post a Comment