Pilu hati seorang ayah apabila disisihkan anak sendiri sehingga terpaksa tinggal di rumah kebajikan orang tua Rumah Ehsan di sini sejak dua bulan lepas.
Bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mahu dikenali sebagai Awang berusia 46 tahun itu berkata, tiga anak lelaki dan seorang perempuan berubah sikap selepas dirinya lumpuh separuh badan akibat strok, dua tahun lalu.
Menurutnya, dia berhenti kerja awal selepas 10 tahun berkhidmat dalam Rejimen Artileri dan membesarkan anak dengan hasil menoreh getah di sebuah tanah rancangan Felda di Sungai Siput, Perak.
"Isteri meninggal dunia beberapa tahun lalu dan saya mula tidak berapa sihat selain ada lelah serta darah tinggi sebelum diserang strok hingga lumpuh separuh badan.
"Saya menyesal terlalu manjakan anak-anak sampaikan duit hantaran kahwin RM10,000 pun saya beri tapi bila minta tolong hantar pergi klinik, anak tak diendahkan dengan alasan isteri tak bagi.
"Kereta, motosikal dan duit pun saya beri walaupun dulu hidup tak senang mana tapi bila saya lumpuh, anak-anak dah jadi lain," katanya ketika ditemui pada program Masih Ada Yang Sayang dan Ihya Ramadan di Rumah Ehsan, kelmarin.
Awang berkata, dia pernah tinggal di rumah salah seorang anak sebelum dibawa ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk rawatan sakit strok.
Namun tanpa Awang menyangka rupa-rupanya dia ditinggalkan sendirian hampir setahun di hospital berkenaan.
"Anak-anak tak jenguk pun, semua hospital buat hingga puasa dan raya tahun lepas pun mereka tak ada datang.
"April baru ini saya dibawa ke sini dan sekarang memang tak ada hati langsung atau sayang ke anak-anak.
"Kalau saya mati pun, tak perlu beritahu mereka kerana saya tak mahu ingat mereka lagi," katanya. - Sinar Harian
Apa yang aku tahu balasan untuk anak derhaka ni, mereka akan dapat balasan secara tunai di dunia tak perlu tunggu akhirat.
Tidak pernah terfikirkah anak derhaka ini bahawa mereka juga akan tua dan akan sakit, apa perasaan mereka nanti apabila anak mereka pula melayan mereka macam anjing kurap.
Orang tua kita telah berkorban banyak untuk kita mereka insan yang sangat mulia sehingga darjat mereka diangkat Allah SWT.
Ingat redha Allah itu datang selepas redha ibu bapa kita.
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
“Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
“Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]
Sekian.
2 comments:
Ya, tak perlu tunggu Akhirat. Mereka juga akan ditinggalkan anak-anak bila mereka tua dan tak sihat. Hidup ibarat roda - apa yang kita buat kpd ibubapa kita, kita akan terimanya kembali sebab kita tak beri contoh yg baik kpd anak-anak utk diteladani
Jangan fikir macam tu..
Sebab sama lah juga si ayah ni mungkin ada buat perkara yang sama terpadam ayah nya pulak.
Sebaik-baik nya jadi kan sebagai Allah tempat mengadu..
Post a Comment