Tuesday, November 12, 2019
DALAM BAB ARAK KITA KALAH DENGAN SINGAPURA NEGARA MAJORITI NON-MUSLIM.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menetapkan tiada larangan untuk mana-mana individu meminum arak di kawasan awam.
EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, berkata perkara itu selaras dengan ketetapan Undang-Undang Kecil Taman (2005).
Bagaimanapun, beliau menegaskan, individu yang meminum arak hingga mendatangkan kekecohan akan dikenakan tindakan tegas.
“Polis mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap peminum arak itu sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mengambil langkah menjalankan rondaan pemantauan di lokasi awam dan jika berlaku kacau ganggu akibat mabuk, mereka akan melaporkan terus kepada polis,” katanya ketika sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.
Terdahulu, Chua Wei Kiat (PKR-Rawang) meminta penerangan berhubung tindakan kerajaan Selangor dalam mengatasi kekecohan yang dilakukan peminum arak di kawasan awam.
Sze Han berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan pihak PBT mengambil inisiatif memasang papan tanda peringatan bagi melarang meminum minuman keras di kawasan awam bagi menjaga keselesaan dan ketenteraman pengunjung.
“Kerajaan juga menetapkan satu garis panduan penjualan minuman keras yang diguna pakai setiap PBT seperti mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual arak kepada pembeli di bawah 18 tahun.
“Kerajaan Selangor turut menetapkan jarak operasi premis perniagaan minuman keras dari rumah ibadat seperti masjid , tokong, kuil, pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan,” katanya.
Sumber: berita harian
Tapi tahukah anda di Singapura:
1. Dilarang minum arak di tempat awam dari pukul 10.30 malam - 7 pagi.
2. Dilarang jual arak dari pukul 10.30 malam - 7 pagi.
3. Di Geylang dan Little India, Dilarang minum arak di Zon Kawalan Arak dari 7 pagi Sabtu - 7 pagi Isnin. 7 pagi di hari cuti umum sehingga 7 pagi selepas cuti umum.
Sementara di Malaysia, anda boleh minum arak di tempat awam!
What a government!
Kredit: Raziq Michael
Anda nilai sendiri bagaimana Malaysia yang majoriti penduduknya Muslim tapi tidak mampu menghadkan waktu pembelian dan waktu pengambilan arak.
Ntah apa yang wakil rakyat Muslim buat dalam Parlimen?
Makan gaji buta?
Apa sumbangan kalian untuk masyarakat?
Tidakkah mereka sepatutnya mengusulkan suatu akta untuk menghadkan arak seperti di Singapura?
Aku kecewa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Kita ada peraturan agamalah. Islam kata haram arak, maka haramlah. Kalau ada peraturan tak boleh beli dari pukul sekian ke pukul sekian pun, meraka togok juga arak tu. Yang penting, patuhi ajaran Islam. Ibu bapa kawal anak tu. Jangan melalak nak salahkan kerajaan semata-mata. Jadilah cerdik sikit. Boleh?
Mahligaiseni, nanti cakaplah begitu kepada keluarga mangsa² yang kena langgar dengan pemandu mabuk.
Beritahu sy agama mana yng menghalalkan arak?
Kalau nak kata kristian menghalalkan arak maka anda salah kerana ajaran kristian yng sebenar telah mengharamkan babi dan arak juga.
Kerajaan kita bukan maksum, mereka boleh shj dikritik bila² masa.
Berhentilah jadi macai kerajaan dan berfikirlah untuk kepentingan rakyat.
Sudah lupa peristiwa baru² ini apabila seorang pemandu mabuk melanggar sampai mati seorang penjawat awam yng bermotosikal.
Pelik ada juga manusia yng marah bila kita bangkitkan tentang arak ini...
Peraturan arak di Selangor telah ada sejak BN perintah lagi. Nengapa tak berkokok waktu tu?
Mungkin Anon 5:42 lupa janji Khalib Samad kalau pembangkang menang sebelum subuh dia akan tutup kilang arak...
Atau anda nak cakap PH sama shj seperti BN?
Siapa pula kata kami tidak bising pasal arak ketika BN memerintah? Tolong jgn buat fitnah...
Dekat tempat aku tepi sg klang. Ade 1 tempat famous Yg ramai India, cina minum arak. Dia lot rumah kedai je. Kat situ la Aku tgk bebudak sekolah, org Melayu Beli arak tanpa adr org ambik Tau. Yg minum Kat situ pun ramai, Aku masa Bujang dulu Memang Jahat. Tapi 2 benda aku tak buat, arak, dadah. Yg lain Aku on aje. Pernah ikut mamber Beli wiskie Kat situ. Masa tu tahun 2002. Hingga la Aku kawin Dan beranak pinak, kedai tu Masih ade. Jadi story Aku, pas jaga tempat aku 2 penggal. Jgn kata kilang arak yg tepi Jln menghala KL tu berjaya ditutup. Kedai kecik mcm tu pun mereka gagal, dari zaman BN, PR hingga la PH, kedai tu Masih wujud. Jadi kalau Yg kecik tu pun tak bleh nak handle, ape Yg Korang rasa mereka boleh uruskan hal ni. TaK bleh halang srpenuhnya kerana kita majmuk Bak kata hadi, alasan tu la Yg buat Hudud ni burn. Jadi masaalah arak ni Sampai bila pun takkan habis. Jgn kata PH, Andai kata pas BN memerintah pun, benda ni takkan habis, Sebabnya, kita tgk Hudud Dan 355 pun cukup. Itu lah jawapannya... Tanjung piai mendedahkan wajah2 Yg sebenarnya.
Lone ranger pomen, tahukah apa sebenarnya masalah kita?
Masalah sebenarnya kita ialah kita ummat Islam di Malaysia ini tidak bersatu.
Kita lebih suka amalkan politik sempit drpd bersatu.
Kekuatan yng sepatutnya kita dapat dengan bersatu telah hilang.
Sepatutnya tidak kira apa fahaman politik kita dalam isu melibatkan kesucian Islam kita perlu bersatu.
Pas,Umno,Amanah,Berjasa dll perlu bersatu dan ketepikan fahaman politik sempit. Barulah kita akan dapat kekuatan.
Post a Comment