Gambar:berita harian
Henti Salahkan Orang Melayu.Yang Salah Pemimpin Melayu.
1.Kongres Maruah Melayu telah berakhir dan natijahnya pada saya jelas. Yakni menutup kegagalan pemimpin hari ini dengan menyalahkan orang Melayu.
2.Saya ulangi keyakinan saya sebelum kongres bahawa kongres ini hanya lah manifestasi kegagalan Mahathir dan pemimpin2 Melayu.
3.Negara pernah melahir dan menyaksikan pemimpin2 Melayu yang berjaya.Pemimpin2 itu adalah mereka yang selamatkan negara dari penjajah. Mereka juga berjaya membina Malaysia sejak Merdeka.Memimpin bangsa lain dengan kontrak sosial yg adil yang menyakinkan mereka.
4.Mereka juga berjaya menangani cabaran melayu pada masa itu, hak agama, bangsa,bahasa kesemuanya diperjuangkan dan berjaya diterima dalam perlembagaan negara.
5.Mereka pemimpin melayu yang berjaya kerana menangani cabaran zaman itu dengan tepat dan tuntas.Mereka berjaya lakukan kerana mereka benar2 jujur dan ikhlas berjuang demi agama,bangsa dan negara.
6.Pemimpin Melayu hari ini gagal.Masih bicara soal perlembagaan dan hak2 yang termaktub didalamnya yang telah pun diperjuang dan dibereskan oleh pemimpin dahulu.
7.Cabaran zaman ini tentulah berbeza dengan cabaran zaman itu.Cabaran zaman ini ialah keampuhan ekonomi, cabaran harta, agihan harta yang adil,cabaran agar tiada kecurian dalam harta negara kerana harta negara hari ini jauh lebih besar dari harta negara zaman lalu.
8.Pemimpin Melayu hari ini tidak bicara cabaran2 ini walaupun inilah cabaran zaman ini kerana mereka telah gagal.Mereka lah yang paling banyak menyamun harta negara.Anak pinak,menantu merekalah yang paling kaya raya melahap harta negara.
9.Dan paling menjijikkan ialah mereka menutup kegagalan mereka dengan menyalahkan bangsa Melayu.Bangsa Melayu tidak bersalah.Mereka tidak pernah khianat kepada negara.Mereka tidak curi harta negara.Yang bersalah adalah pemimpin melayu.
10.Cukuplah menzalimi bangsa sendiri.Dan juga bangsa lain.Menyalahkan bangsa sendiri dan memomokkan bangsa lain untuk menutup kegagalan sendiri.Ianya adalah perbuatan jijik dan menjijikkan.
11.Maka saya gesa sekali lagi agar Tun Mahathir yang Allah beri paling lama amanah kuasa dalam tempoh kepimpinan melayu yang gagal ini agar melakukan perkara yang betul iaitu BERHENTI SEGERA.
12.Bangsa dan negara memerlukan pasukan baru kepimpinan Melayu yang sedia menghadapi cabaran zaman ini.Kepimpinan Melayu skrg termasuk Tun M tidak bersedia menghadapi cabaran zaman ini kerana mereka telah gagal.Kuasa yang diberi Allah mereka hanya kayakan anak menantu bini kroni mereka sahaja.Bangsa sendiri makin melarat, susah, merempat.
13.Makanya mereka terus melolong dan memekik cabaran zaman lampau dan memomokkan bangsa sendiri dan bangsa lain.
14.Tun Mahathir dan pemimpin seangkatannya, terimalah hakikat kamu telah gagal.Cukuplah dan berhentilah.
Sumber:Fb Mohamad Ezam Mohd Nor
Bagi yang belum kenal Mohamad Ezam ini beliau ialah ahli politik yang mencipta nama ketika bersama Anwar Ibrahim.
Teguh bersama Anwar semasa Anwar memasuki UMNO. Turut mempertahankan mentornya itu selepas Anwar dipecat daripada jawatan Tim.Perdana Menteri dan masih bersama Anwar seketika sebelum beliau membawa haluan sendiri dan tidak lagi bersama mentornya itu.
Terkenal dengan gaya dan intonasi ceramah yang seakan-akan bekas mentornya Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment