Tahukah kamu Anak Muda Malaysia banyak menghasilkan idea kreatif ?
Sini seorang lagi anak muda membawa nama negara ke arena antarabangsa.
Sebelum ini, video hasil suntingan dari Mohamad Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank telah mendapat perhatian ramai termasuklah content creator antarabangsa iaitu Zach King dan remaja ini turut diundang ke salah sebuah acara di Indonesia untuk bertemu dengan Zach King.
Terbaru, Sofyank sekali lagi bertuah apabila berpeluang untuk bertemu dengan pelakon antarabangsa Will Smith dan mencipta video bersama dengan Will Smith.
Ini video memang world class ..... BEST ya
.
Check it out ~
https://www.instagram.com/p/B3Ockk0FEg6/
.
ini ig Zach King ~
https://www.instagram.com/zachking/
.
ig Will Smith
https://www.instagram.com/willsmith/
Berikut adalah sedikit cadangan bagaimana ibu bapa fahami kehendak anak remaja ....
Hubungan ibu bapa dan anak yang rapat dicirikan dengan pertalian emosi berkualiti yang saling dirasai serta kekal. Hubungan yang rapat ini penting untuk mengelakkan anak daripada terjebak gejala negatif seperti lari dari rumah, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, jenayah, gengsterisme dan perlakuan seks luar nikah.
Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan, ada beberapa cara menarik yang boleh dicuba ibu bapa bagi menjalin hubungan rapat dengan anak. Antaranya:
1. Secara umum, pada usia tujuh hingga 13 tahun, anak dididik supaya berdisiplin. Pada usia 14 hingga 21 tahun pula, ibu bapa perlu menjadikan anak mereka sebagai rakan. Ibu bapa perlu membimbing dan bukannya membuat keputusan untuk anak remaja mereka. Apabila ibu bapa bersifat memerintah atau mengarah, anak remaja akan menjauhkan diri daripada kita.
2. Jika boleh ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada memarahi anak atas sikap mereka yang kurang menyenangkan, sebaliknya gunakan pendekatan memberi nasihat.
3. Kita perlu meyakinkan anak untuk menerima diri mereka seadanya. Mereka sempurna dan tidak perlu untuk berasa rendah diri. Keyakinan diri penting untuk kejayaan mereka kelak.
4. Kadangkala, anak remaja sengaja menguji reaksi ibu bapa terhadap salah laku mereka. Justeru, ibu bapa perlu bijak untuk menanganinya.
5. Remaja tidak suka diarah. Mereka lebih suka membuat keputusan sendiri dalam menentukan pilihan dan perkara yang ingin mereka lakukan.
6. Ketika zaman remaja mereka mudah memberontak. Sekiranya ibu bapa juga menunjukkan sifat keras terhadap sikap mereka, nescaya hubungan ibu bapa dan anak akan menjadi renggang.
Dipetik dari fb Nicole Wong
No comments:
Post a Comment