Mahkamah Majistret di sini hari ini, melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dua tahun lalu.
Mahkamah membuat keputusan tersebut bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh menyebabkan pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada jam 3 pagi.
Selain itu keadaan bahaya itu sendiri dicipta kumpulan basikal lajak tersebut.
- Sinar Harian
Terus terang sebelum ini aku juga agak geram dan marah apabila mendengar kata-kata bahawa pemandu wanita itu menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Ternyata kata-kata itu tidak berlandaskan fakta dan bukti daripada mana-mana saksi.
Setelah meneliti fakta dan berfikir secara rasional dengan meletakkan diri aku pada situasi pemandu itu, aku mula sedar kejadian itu sepatutnya diadili dengan sebaik-baiknya.
Kes ini, seharusnya menjadi pengajaran kepada semua ibu-bapa agar sentiasa mengawal anak-anak dan mengambil tahu mengenai aktiviti mereka.
Berikut adalah contoh situasi bahaya yang dicipta geng basikal lajak:
Jadi anda buatlah pernilaian sendiri. Kanak-kanak yang belum baligh itu sudah tentu tempat mereka di Syurga.
Namun kita sebagai ibu dan bapa harus ingat bahwa anak-anak itu adalah amanah dan kita pastinya akan disoal jika mengabaikan mereka.
3 comments:
terima kasih tuan sebab memberi pandangan yang sepatutnya...yang ini saya puji sikap tuan...bukan kerana menyokong cina, sebaliknya meletakkan kebenaran pada tempatnya...terima kasih...
Itulah, tuan, lain kali berfikirlah secara rasional dalam apa-apa isu pun. Jangan cepat sangat buat persepsi. Guna akal yang Allah SWT beri sebaik-baiknya. Baguslah jika tuan rasional sekarang. Didoakan tuan tersu rasional selepas ini dalam apa-apa isu sekali pun.
Mak bapak sekarang ni tau memantek je, basikal lajak ni bebudak yang belum ada motor, lepas ada, diaorg jadi mat rempit. Jam 3.20 pagi apa ke jadahnya Berada diluar., patut di rumah.
Post a Comment