Tuesday, October 15, 2019

ADA PAKAR KATA KERJA HANTAR MAKANAN TIDAK BERMARUAH, PENGGUNA APLIKASI 'BUNGKUSIT' INI SEKOLAHKAN PAKAR.

Semalam saya install apps #bungkusit dan mencubanya buat kali pertama. Sekadar untuk support syarikat startup dalam menjalankan perniagaan mereka.

Saya sekadar meminta “roadies” untuk ke supermarket membelikan saya beberapa botol air mineral. Bukan saya tak boleh beli sendiri, tapi sekadar ingin mencuba sistem dan untuk support.

Dan memang best memakainya. Roadies terima job, beliau ke kedai. Ambil gambar beberapa jenis air mineral dengan harga setiapnya dan hantar dekat saya, saya pilih mana nak, beliau bayarkan dulu dan bawa pada saya.

Sampai di rumah beliau bagi barang dan resit serta saya bayar delivery fee RM 7.50 beserta harga air mineral berkenaan.



Punya baik brother roadies ni, siap offer bagi diskaun delivery fee. Menghargai sikap baik beliau, saya bayar lebih sikit dan saya berikan beliau juga sebungkus pek serbuk nescafe untuk beliau gunakan untuk bancuh dan minum sekiranya perlu tenaga untuk stay up.

Selain dari belikan barang, mereka juga offer service ambil barang, hantar barang dan belikan makanan.

Semalam saya tertonton klip rakaman seorang “pakar” yang mengulas di TV mengatakan bahawa pekerjaan delivery ini tidak bermaruah. Saya tidak setuju, mereka ini bermaruah kerana berusaha gigih untuk mencari pendapatan yang halal.

Apapun bagus apps ni, saya recommend! Ambil masa sedikit sebab maybe roadies belum ramai, tapi saya yakin bila dah ramai support, roadies akan lebih ramai, dan masa menunggu akan berkurangan.

#bmf #bmbf BungkusIt - Food and Parcel Delivery

Dipetik daripada: FB Azmil Abrar

Ulasan aku pula,  orang yang tidak bermaruah  ialah ahli politik.  Mereka sanggup janjikan bulan dan bintang tapi bila sudah menang batang hidung pun tidak nampak.

Dapat pula elaun yang pelbagai, pencen dijamin tetapi khidmat macam haprak.

Itulah manusia yang tiada maruah.

2 comments:

Anonymous said...

Betul ulasan tt, sidang parlimen pun byk ponteng..puihhh

Codchef said...

Asalkan mencari sumber rezeki yang halal, perniagaan beginilah yg banyak membangunkan mikro ekonomi setempat & mewujudkan ruang perkerjaan - tidak kira status individu itu pun...

Thanks share.
codchef