Kalau Facebook yang amat popular sekarang ini dipunyai oleh seorang yahudi dan ada yang membencinya atas sentimen benci Yahudi, kini bagi menyediakan alternatif kepada mereka yang seperti itu boleh mencuba 'SalamWorld.Com'.
Salamworld.com merupakan versi yang seakan-akan sama dengan Facebook tetapi lebih bermatlamatkan Islam sebagai halatuju perkhidmatan mereka. Facebook muslim tersebut mensasarkan pengguna serama 50 juta dalam tempoh 3 tahun.
Salam.com yang berpusat di Istanbul itu akan menekankan nilai-nilai Islam terhadap pengguna muda dan menjauhi nilai-nilai tidak bermoral yang bakal dipantau oleh moderator. Selain daripada tapisan-tapisan tertentu, pengguna juga diharap dapat mendisiplinkan diri mereka sendiri agar tidak melakukan sesuatu yang terpesong dari prinsip Islam.
Salam.world juga akan dijadikan landasan bagi menyebarkan maklumat ilmu tauhid dan juga khidmat nasihat. Para pengguna juga boleh menggunakan Salam.com bagi mengetahui Masjid berdekatan dikawasan mereka berada dan juga maklumat kedai-kedai yang menyediakan makanan halal.
Kumpulan yang sama membina Salam.com juga sedang membina satu lagi projek ensiklopedia yang mirip Wikipedia tetapi akan memaparkan semua maklumat tentang Islam. Mereka sedang mengumpulkan berbagai dokumen serta rujukan bagi menjayakan usaha tersebut. Selepas ini akan muncul Muslim Wikipedia pula selepas Muslim Facebook.
Sumber
1 comment:
tak sabarnya nak masuk
Post a Comment