Monday, December 5, 2011

ALASAN HUDUD KELANTAN HUDUD CIPTAAN PAS ADALAH ALASAN PUAK MUNAFIQ.



Penjelasan demi penjelasan telah dibuat tapi puak Munafiq masih memberi alasan yang sama.


HUDUD adalah hukum Allah, ia bukan hukum PAS dan rekaan mana-mana pemimpin PAS. Sepatutnya tidak menjadi masalah kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT untuk menerimanya. Penerimaan hukum Allah sama seperti menerima perintah puasa. Jika difikir secara logik, ibadah puasa juga amalan yang memenatkan dan menyeksa penganutnya. Tetapi kenapa kita boleh laksanakan dengan baik dan teratur.



Perlu difahami bahawa hukum jenayah di dalam Islam ialah hudud,qisas dan takzir. Kenapa hanya difokuskan kepada hukum hudud sahaja, sedangkan di dalam enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 terdapat di dalamnya ketiga-tiga hukumnya sekali.


Perlu diingatkan kepada penentang- penentang hukum Allah, bahawa enakmen ini dibuat oleh mereka yang berautoriti dan pakar di dalam perjalanan Mahkamah Syariah dan Sivil. Ia bukan dibuat di atas sentimen untuk meraih undi sahaja, tetapi ia lahir daripada ke sedaran ini adalah perintah Allah.


Banyak tuduhan yang menganggap bahawa Islam yang hendak diperjuangkan oleh PAS hanya soal hudud, qisas dan takzir sedang kan yang lain tidak dipedulikan.

Seolah-olah PAS hanya hendak menegakkan negara berhukum sahaja.


Oleh itu apabila amaran Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri kepada kerajaan Kelantan pada 14 Ogos 1994; “Kita (kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”


Maka kerajaan Kelantan mengambil pendekatan yang tidak gopoh dan berhati-hati kerana memikirkan Dr Mahathir boleh membuat apa sahaja kepada Kelantan, kerana sikap beliau yang memang terkenal sebagai orang tidak pernah me ngaku kalah sehingga hari ini.


Ijtihad politik yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tepat. Maka dengan pendekatan siasah syariyyah yang dilakukan di Kelantan untuk menunjukkan Islam secara praktikal, akhirnya Islam dapat dijelmakan secara praktikal di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.


Selama ini Islam hanya ditulis dan dibaca di dalam kitab sahaja, ia hanya menjadi bahan tamadun dan kehebatannya sahaja. Maka PAS cuba untuk menonjolkan Islam secara praktikal kepada masyarikat dan berhasrat menjadikan Kelantan sebagai makmal Islam.

Nampaknya telah menghasilkan kejayaan yang cemerlang pada pandangan masyarakat.


Banyak program yang lahir daripada makmal Kelantan seperti pinjaman perumahan dan kenderaan tanpa riba, cuti bersalin daripada 40 hari kepada 60 hari, cuti dua hari seminggu, rumah tiga bilik, pajak gadai Islam, dan mempelopori penggunaan dinar emas.


Malahan skim perbankan tanpa faedah di semua bank di Malaysia apabila Tuan Guru Nik Aziz mengarahkan wang kerajaan negeri di keluarkan daripada bank riba kepada bank Islam. Akhirnya mendorong bank-bank konvensional mengadakan kaunter tanpa riba. Kesemuanya telah ditiru oleh kerajaan Pusat, walaupun pada peringkat awal mereka mencaci usaha yang dilakukan oleh Kelantan.


Jadi tertolaklah hujah yang mengatakan PAS hanya hendak menegakkan hukum hudud sahaja, tanpa memikirkan Islam yang lebih menyeluruh.


Jangan dibayangkan apabila hudud dilaksanakan maka ramailah mereka yang kudung tangan akhirnya orang Islam akan ke tinggalan kerana kudung tangan.


Kita yang pergi ke Makkah dan Madinah iaitu negeri yang melaksanakan hukum hudud adakah kita melihat ramai mereka yang kudung tangan kerana kesalahan mencuri? Tentu tidak.


Kerana Islam bukan agama menghukum tetapi agama yang hendak mendidik. Kerana kaedah yang dipakai ialah ‘Tersalah melepas lebih baik daripada tersalah menghukum.”


Oleh itu di dalam perbicaraan mahkamah akan menimbulkan keraguan supaya kes itu dilepaskan. Pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. apabila seorang yang berikrar di hadapan Nabi s.a.w. mengatakan beliau mencuri, sabda Nabi s.a.w. kepadanya: “Aku tidak terfikir engkau telah mencuri.” Jawab orang itu “tidak, memang saya mencuri.” Nabi ulang sebanyak tiga kali (tujuan baginda itu supaya ia menarik balik). Jawab orang itu memang dia mencuri. Maka baru baginda s.a.w. memotong tangannya.


Mengenai dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan hukum hudud di Kelantan tidak adil kerana ia hanya melibatkan orang Islam sahaja, untuk menjawab perkara ini marilah kita merenung ayat Allah SWT dalam surah al-Maidah 42 yang bermaksud: “Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (Muhammad untuk meminta keputusan) maka berilah putusan di antara mereka atau berpaling daripada mereka maka mereka tidak akan berbahaya kamu sedikit pun. Tetapi jika engkau memutuskan (perkara mereka), maka putuskanlah dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orangorang yang adil.”

Kelantan memilih pendekat an ini adalah sesuai dengan Islam ini agama dakwah.


Di dalam Islam orang yang sudah disabitkan kesalahan maka mereka ini akan terlepas di akhirat. Apabila orang Islam berakhlak baik, maka ia akan menjadi suri teladan untuk mereka tertarik dengan Islam.


Pendekatan yang diambil oleh negeri Kelantan sebenarnya sudah lama dipejuangkan oleh Almarhum Profesor Dr Ahmad Ibrahim supaya orang Islam dapat mengamalkan hukum mereka dan akan menjadi teladan kepada bukan Islam.


Jika qisas dilaksanakan dapat menyelesaikan masalah simbahan asid yang menjadi masalah negara. Kerana mereka yang menyimbah asid akan dihukum balas. Jika mangsa yang disimbah cacat, maka penjenayah ini juga cacat.


Sedangkan hukum yang ada pada hari ini penjenayah hanya dihukum penjara sahaja, sedangkan mangsa simbahan asid akan cacat selamalamanya.

Beberapa soalan yang boleh dikemukakan kepada mereka yang fobia dengan hukum hudud terutama kepada pemimpin Umno.

1. Adakah ISA yang ditangkap tanpa bicara itu adil? Sedangkan kesalahan jenayah dalam Islam kena dibicarakan dahulu sebelum dihukum.

2. Adakah hukum gantung yang dikenakan kepada pengedar dadah menepati dengan kehendak Islam?

3. Adakah hukum gantung tidak zalim, walaupun mangsa yang digantung terjeler lidah?

4. Adakah hukum yang berjalan sekarang adil? Jika pasangan Islam dan bukan Islam ditangkap khalwat, maka yang dibicara hanya pesalah Islam sahaja.

AF Ustaz Idris Ahmad.

No comments: