Friday, September 23, 2011

LANTAKLAH RAKYAT MALAYSIA DIROGOL,DIROMPAK DAN DIKERAT 15 OLEH WARGA ASING, JANJI BN BOLEH MENANG!!!

Warga negara segera ancam keselamatan negara


KUALA LUMPUR, 23 Sept: Kewarganegaraan segera yang diberi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kepada warga asing mengancam keselamatan rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Mustaffa Kamil Ayub, lapor KeadilanDaily.

Menurut Mustaffa, ia memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi, politik dan sosial masyarakat semata-mata bagi memenuhi kelangsungan politik Umno-BN.

“Isu penting yang tidak boleh ditolak dalam isu ini ialah ia bakal mengundang peningkatan jenayah dalam masyarakat.

“Sebab, setiap warga asing memiliki latar belakang budaya berbeza dengan rakyat kita,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajeed baru-baru ini yang mengakui rakyatnya mendapat kerakyatan mudah di Malaysia sejak setahun lalu dengan syarat mengundi Umno BN.

Pendedahan Hasina pada 16 September lalu melalui laman rasmi negara itu bagaimanapun dipadamkan keesokan harinya selepas isu itu didedahkan di Malaysia.

“Taktik ini juga bukti jelas betapa zalimnya pentadbiran Najib yang sanggup menjadikan nyawa rakyat demi survival politiknya,” kata Mustaffa.

Pada masa ini masa ini, setengah juta warga Bangladesh berada di Malaysia termasuk yang sudah tamat tempoh permit mereka.

Angka itu diperoleh setakat 29 Jun lalu seperti diakui sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pertambahan jumlah itu melonjak lebih sekali ganda berbanding pada 2007 sekadar 200,000 orang sahaja.

Selain warga Bangladesh, laman antarabangsa Wikileaks baru-baru ini mendedahkan sebanyak 60,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi di negara ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya kira-kira 200,000 warga Indonesia turut didaftarkan sebagai pengundi.

Antara jenayah yang kerap dilakukan warga asing di negara ini ialah membunuh, merompak dan merogol gadis bawah umur.

Terbaru kes pembunuhan kejam seorang wanita yang dikerat badannya kepada 15 bahagian yang dilakukan warga Bangla.-Harakahdaily

N'N:Rakyat Malaysia tiada nilai bagi UMNO/BN janji boleh terus berkuasa dan masyuk.....

3 comments:

Anonymous said...

kebanjiran pendatang dengan berbagai bangsa barulah meriah malaysia ni kena pula rakyat malaysia suka dengan kedatangan mereka bagi pula ic biru yang yg best tu

Na'im Nikmat said...

Pembetulan anon, bukan rakyat Malaysia yang suka tapi UMNO/BN dan penyokong mereka......

Anonymous said...

Tahun 1945 pemimpin-pemimpin UMNO macam nak rak dan sanggup mengalirkan darah untuk mempertahankan isu warganegara semasa pihak Inggeris mahu mewarganegarakan pendatang asing yang mereka bawa dari negeri Cina dan India.Tahun 1948 Dato Onn Jaafar,selaku Presiden UMNO menerima Perjanjian Tanah Melayu(PTM)dan dengan itu,Pendatang asing(Cina dan India)sudah jadi warganegara Tanah Melayu walau pun ditentang oleh banyak pihak.Hari ini,cucunya Hishammuddin mahu mewarganegarakan 2.5 juta PATI untuk dijadikan pengundi,agar UMNO/BN kekal berkuasa.