وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ
Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. [Surah Yasin Ayat 9]Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni saya ambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. Dah lupa nama ustaz tu, tapi yang ingat beliau merupakan seorang pengamal perubatan Islam.
Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:
1. Berwarna hitam.
2. Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
3. Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
4. Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.
Selain kucing, ustaz tu pun ada kongsi macam mana untuk membezakan antara ular sebenar dengan ular jelmaan jin. Kaedah yang sama, perhatikan mata ular, berkelip atau tidak.
sumber
N'N:Jin pun macam manusia juga mereka dipertanggungjawabkan untuk menyembah Allah S.W.T
saya tidak setuju dengan ajaran di atas kerana ia boleh jadi fitnah ke atas kucing. bila kucing kelip mata, itu adalah cara kucing komunikasi / nak kata " saya sayang awak ". kalau kucing tu tak kelip mata, berkemungkinan kucing itu sedang diganggu, rasa tak selesa, / berada dalam keadaan tertekan.
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=ERJXwaTVPI8