Pages

Friday, June 17, 2011

Wabak Penyakit Tibi Sedang Menular di Malaysia, Kementerian Kesihatan Perlu Bertindak Segera!!!

http://www.maptb.org.my/mainpage/mingguan/06.jpg

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.

Pihak kementerian juga digesa mengadakan gerak kerja pengesanan penyakit itu di sekolah-sekolah, tapak-tapak pembinaan dan penempatan-penempatan warga asing di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, tindakan segera dari Kementerian Kesihatan amat perlu berikutan beberapa kes penyakit Tibi yang dikesan oleh Hospital Ampang baru-baru ini.

Menurut beliau, contohnya, seorang pengetua sekolah di Pandah Indah telah koma baru-baru ini selama 28 hari kerana diserang penyakit itu. Katanya, oleh itu, satu kempen kesedaran perlu diadakan agar masyarakat dapat mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit yang merbahaya itu.

"Pihak kementerian juga mesti mengadakan gerak kerja pengesanan di sekolah-sekolah, tapak-tapak pembinaan dan penempatan-penempatan warga asing seperti di Kampung Pandan, Pandan Mewah dan Lembah Jaya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Adun Chempaka menjelaskan, menurut beberapa pihak, penyakit Tibi itu telah dibawa masuk ke negara ini oleh pendatang-pendatang asing.

Katanya, penyakit Tibi telah hampir pupus di negara kita, tetapi kini telah muncul kembali apabila berlaku kebanjiran pendatang asing. "Kementerian Kesihatan mestilah memandang serius perkara ini dan tidak menunggu sehingga lebih ramai penduduk Ampang Jaya dijangkiti penyakit tersebut," katanya.

Sumber: Harakahdaily

1 comment:

  1. Kementerian Dalam Negeri akan menjalani rencana daftar biometrik buat 5,000,000 (lima juta,five million) warga asing yang menghuni di Malaysia.Pada bulan MEI,Timbalan MEnteri DLM Negeri laporkan bahawa ada 1,800,000 (satu juta lapan ratus ribu) PATI.
    Ini bermaana ada 3,200,000 (tiga juta dua ratus ribu warga asing yand ada IZIN.
    Apa pun percangahan angka resmi membuktikan bahawa sempadan negara tiris bocor dan di lolosi olih mereka yang mebawa kuman TIBI, semenjak tahun 1980.
    Olih kerana penyelapn angka sebenar ,maka matlumat yang wajib di pantau olih kementerian kesihatan telah di saring dan maka kejangkitan wabak TIBI berluasa id Selangor, khusus di DUN dan P Ampang Jaya di mana warga asing sudah mencecah lebih dari 60 ke 70 % penduduuk di tempat tempat tertentu.
    5,000,000 warga negara asing sudaj menyumbang kepada ketirisan sumber dan subsidi dan menyumbang kapada masaalah masyarkat dan keruntihan akhlak.
    adakah laporan jabatan perangkaan yang sebut kita 27.3 juta penduduk termasuk 5,000,000 warga asing, pati dan bukan pati ? Jika benar, bermakna kita ada hanya 22,300,000 warga negara.Jika tak benar kita ada 27 cmpur 5 jadi 32 juta jumlah penduduk.Cukup ke sumber makanan dan sumber sosial ?
    Macam mana bolih jadi 5,000,000 ??????
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.