Friday, April 22, 2011

Rambo TURKI Tewaskan Tentera Israel


Sebuah tayangan khusus dari filem Turki anti Israel dijadualkan akan berlangsung di Kaherah di bawah dukungan Duta Besar Turki pada hari Sabtu akan datang.

Filem "Valley of the Wolves – Palestine" yang bercerita tentang serangan pasukan Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang menuju Gaza pada bulan Mei tahun, lalu telah mencetuskan kecaman besar-besaran di Israel.

Cerita filem ini berfokus pada sekelompok komando pasukan Turki yang diperintahkan untuk membunuh seorang pegawai militer senior Israel yang memberikan perintah untuk membunuh penumpang kapal Mavi Marmara.

Adegan terakhir filem ini menunjukkan tentera IDF dengan tubuh mayat sembilan penumpang kapal Mavi Marmara.

Distributor Mesir untuk filem ini, Adel Adib, mengatakan bahawa tayangan khusus ditetapkan menjelang hari peringatan Holocaust di Poland. Yang peringatannya akan berlangsung pada 2 Mei akan datang.

Filem Turki ala Rambo ini akan ditayangkan di 10 bioskop di Mesir setelah tayangan khusus perdananya.(fq/ynet)

No comments: