Thursday, May 6, 2010

Institusi Kepolisan Tercalar Lagi:Polis Terlampau Ditahan Lakukan Ganggungan Seksual Dan Minta Rasuah.....

Dua jadi mangsa polis terlampau

CHERAS - Dua wanita mendakwa menerima ganggungan seksual melampau daripada seorang anggota polis di satu sekatan jalan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita mendakwa diminta beraksi lucah selain dipaksa memberi sogokan RM15 supaya dia tidak ditahan atas kesalahan memandu melebihi had laju.

"Selepas meminta kad pengenalan dan lesen memandu, polis itu meminta saya menanggalkan baju tetapi saya enggan berbuat demikian.

“Dia kemudian menyuruh saya melakukan aksi ghairah di hadapannya serta menunjukkan wajah seksi, malah lebih menjijikkan dia bertanya sama ada saya memakai baju dan seluar dalam atau tidak,” kata mangsa, semalam.

Insiden itu berlaku jam 1.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke KL Sentral untuk mengambil teman lelakinya yang baru pulang dari Sabah.

Selepas mengambil teman lelakinya, wanita terbabit terus membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 2.39 pagi.

Sementara itu, selang beberapa minit, di lokasi yang sama, seorang lagi wanita berusia 23 tahun, mendakwa menerima nasib serupa apabila diganggu secara seksual dengan kata-kata tidak senonoh sebelum diminta memberi sogokan wang oleh anggota polis sama.

“Jam 1.50 pagi, saya dari Kuchai Lama menghala ke Shamelin apabila ditahan polis trafik.

“Apabila saya menurunkan cermin kereta, polis itu berkata kaki saya cantik dan dia mengarahkan saya keluar dari kereta kerana dia mahu melihat kaki saya," katanya.

Mangsa berkata, apabila dia enggan berbuat demikian, polis itu mengugut untuk menyamannya kerana memandu melebihi had laju, walaupun itu tidak benar.

“Kemudian dia minta saya memberikan RM50 jika tidak mahu kena saman.

"Saya membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 4.30 petang, 4 Mei," katanya, dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, semalam.

Kedua-dua wanita dipercayai ditahan polis trafik sama berdasarkan maklumat lokasi, masa dan gambaran fizikal.

SUMBER

3 comments:

merbok said...

kena ada satu program kerohanian khas untuk polis..sebelum penyalahgunaan kuasa berleluasa.. bukan apa polis pun manusia jugak.. bernafsu. kalau tak dibendung akan lahirlah istilah "polis jahat" (bad cop)

sebelum bertambah parah, elok laa semua agensi kerajaan terutamanya polis diterapkan dengan unsur-unsur kerohanian jangan asyik nak belajar membenteras jenayah ja.. dengan program sebegini mungkin satu hari nanti polis boleh bertindak sebagai pendakwah untuk budak-budak yang baru nak belajaq jadi jahat.. baru laa cantekkkk :)

Na'im Nikmat said...

Punca sebenarnya ialah apabila sesuatu tampuk pemerintahan itu diperintah oleh seseorg yang bukan ahlinya,maksudnya seorang yang tidak beriman,zalim dan korupsi maka jabatan atau apa sahaja badan yang dikuasainya pasti akan rosak....Dan itulah yang terjadi kepada negara kita bila diperintah PM yang Fasik dan begitu juga dengan Institusi Kepolisian yang dikuasai KPN yang korupsi.....

Unknown said...

salam naim,dah semakin teruk perangai polis Malaysia sekarang.
Bila lagi nak tubuhkan unit Agama dlm polis,kalau tentera dia ada Kor Agama Tentera KAGAT.tapi polis tak ada sebab tu perangai makin teruk.