Friday, April 9, 2010

Takziah: Shahrizat hina warga emas

PULAU PINANG, 9 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang berpendapat tahap pemikiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lebih rendah daripada golongan warga emas kerana tidak memahami matlamat pemberian RM100 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketuanya, Amir Ghazali berkata, sebab itu menteri berkenaan sanggup mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan kepada golongan warga emas seolah-olah diri mereka bernilai kurang RM10 sebulan serta mengucap takziah sedangkan mereka masih bernafas.

"Shahrizat bukan sahaja mempunyai pandangan yang sempit tetapi juga rendah. Beliau sepatutnya memohn maaf pada warga emas seluruh Pulau Pinang kerana mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan," ujarnya.

Tambahnya, sebagai menteri, Shahrizat patut memahami maksud Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mengatakan pemberian tersebut bukan bermatlamat membasmi kemiskinan sebaliknya lambang penghargaan daripada kerajaan berjiwa rakyat kepada golongan yang berkorban demi pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Beliau hairan kenapa Shahrizat yang bertaraf menteri mempunyai pemikiran rendah kerana gagal memahami kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini berbanding warga emas.

Kenyataan itu juga, kata Amir, menggambarkan parti yang diwakili Shahrizat tidak lagi menghargai warga emas apatah lagi ingin melindungi mereka dengan kebajikan.

“Apa yang dilaksanakan BN cuma mengharapkan golongan berkenaan memberi undi pada Barisan Nasional tatkala hari pengundian sama ada pilihan raya umum atau kecil.

"Sebenarnya itulah tanggungjawab Datuk Seri Shahrizat, dia hanya nampak bila orang bagi sokongan pada BN jika tidak dia akan hina," ujar beliau yang juga Ketua AMK Cabang Permatang Pauh.

Belikau berkata, ramai rakyat terutamanya warga emas di negeri ini celik minda sekarang kerana selama berada di bawah pemerintahan BN langsung tidak terlintas untuk mendapat setitik penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan yang mereka lakukan.

Sebaliknya mereka sekadar mendapat RM50 dan sehelai kain batik atau pelikat apabila bertemu pemimpin BN dalam kempen pilihan raya lima tahun sekali.

Sumber:Harakahdaily

No comments: