Thursday, April 29, 2010
BLOGGERS UMNGOK MISTI BACA:Siapa Bloggers Ini Yang Mahu Menghukum Arwah Adik Aminulrasyid....
Wanita ditembak polis tanpa sebab...
Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya.
Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepastetapi meninggalkan luka.Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini beradadi sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorangwanita dan dua orang lelaki yang lain.
Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.
Norizanbt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran,ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJKWanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.
Dipaksa untuk membuat pengakuan
Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untukmengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.
Mengimbaskejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpurpada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.
Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka,dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.
Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.
Kemalangan jalan raya, kata polis
Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengantendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.Berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada10 kereta polis.
Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpuruntuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut JantungNegara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.
Ketika keluar dari hospital,Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalanraya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyaiseorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.
IO yang mencederakan Norizan
Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada MichealChong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chongpula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.
Kemudian,Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi,beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16November 2009.
Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.
Sebagaimanayang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orangyang lain mempunyai rekod jenayah.
Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah
Latheefa Koya menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera,malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesakagar polis menyegerakan siasatan kes ini.
Beliaujuga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian danmengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.
"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini.Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkanmangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka(polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.
Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan
Surendran pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill"(tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.
"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembakmati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dantampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.
Malah,Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yangditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yangditembak mati di Klang pada awal November 2009.
MenurutSurendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawasalah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakitmental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakakseorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.
Sumber artikel:Ong Vic Kee ialah wartawan merdekareview.com edisi bahasa Cina.
Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
1 comment:
-
-
Para blogger umngok mana ada masa nak baca kita punya post sebab mereka sibuk mencaci orang je
- April 30, 2010 at 6:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1. Yang pasti remaja ini mencuri kereta orang. Jelas dia boleh dikategorikan mencuri kerana menggunakan kereta orang tanpa pengetahuan dan kebenaran pemiliknya.
2. Mencuri adalah satu jenayah. Orang yang mencuri dipanggil penjenayah.
3. Kesalahan kedua remaja itu ialah memandu tanpa lesen.
4. Kesalahan ketiga ialah tidak berhenti bila mendengar siren polis sedangkan dia mesti tahu siren itu dimaksudkan kepadanya dan dia pasti nampak polis sedang mengejarnya.
5. Jangan terlalu melindungi orang yang mungkin sedang belajar untuk berbuat jahat. Mungkin remaja itu seorang yang baik sebelum ini, tapi pada malam itu dia sedang melakukan kerja jahatnya yang pertama iaitu mencuri kereta saudaranya.
6. Kesalahan keempatnya (dari segi moral) ialah keluar rumah ditengah-tengah malam tanpa pengetahuan ibubapanya.
28 April 2010 18:30
sekali baca, mmg salah budak tu. dari awal lagi dah melakukan kesalahan, berderet-deret pulak tu.
sapa kata bwk kereta laju2 tak boleh membahayakan nyawa? ceh, kalau ada kereta dgn lajunya cilok dpn aku, ada yg masuk longkang, kalau umur panjang laa..
jgn ada yg nak suggest buat vigil lilin cukuplah. entah2 budak tu dak dok terseksa dlm kubur, tak dgr ckp mak pak, ada yg dok buat perkara haram atas nama dia.