Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemungkinan calon Bebas akan ditaja oleh pihak tertentu dalam BN menyertai pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
"Kalau calon Bebas muncul, itu tentunya ditaja oleh proksi tertentu dalam mana-mana parti komponen Barisan Nasional sendiri," katanya. Beliau yang juga berkata, beberapa maklumat dalaman Umno memberitahu bahawa beberapa pihak di kalangan akar umbi Umno sedang merebut kerusi Parlimen P094 itu, iaitu kerusi tradisi MIC.
Sumber tersebut juga memberitahu, sejak nama Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel disebut-sebut sebagai calon BN di situ, beberapa pihak dalam kalangan pemimpin Umno telahpun menyuarakan rasa tidak berpuas hati.
Tuntas dari itu, beliau berkata, kemunculan calon bebas tersebut kelak mungkin disebabkan beberapa konflik tersebut.
"Sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka boleh sahaja menampilkan seorang atau lebih calon Bebas untuk mewakili kepentingan mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Ujarnya lagi, berdasarkan beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, beliau mendakwa Umno mendalangi formula menaja calon Bebas.
"Itu benda yang biasa berlaku, kalau ada (calon Bebas), saya rasa itu (mungkin) proksi Umno/BN,” katanya.
Pun begitu, beliau tidak menganggap budaya menampilkan calon Bebas menyerupai peranan wakil Bebas di Dewan Rakyat kebelakangan ini.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu 17 April ini manakala 25 April adalah hari mengundi.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada Khamis lepas.
Sumber
3 comments:
Rasa Zul Kulim kot jadi calon bebas
Sbb kat Kulim orang dah meluat dengan dia....tak buat apa. So, dia kena cari tempat lain la utk hidup.
Calon bebas aku tak kisah ... yang penting tokoh mesti melayu jika nak undi .....
Tapi mamat Asobiyah tu belumletak jawatan...hu hu ..
Post a Comment