Wednesday, January 20, 2010

Tebing Barat:Jemaah Solat Jumaat Protes Imam/khatib Baca Khutbah Berisi Kecaman dan Mengkritik Dr.Syeikh Qardhawi.

Anggota komite pusat gerakan Fatah dari autoriti Palestin - Mahmud Dahlan mengecam presiden federasi ulama Islam Dunia - Syeikh Yusuf Qardhawi dan mengkritik pernyataan Qardhawi terhadap Mahmud Abbas.

Dalam wawancaranya melalui telefon dengan pejabat berita Jerman, Dahlan mengatakan: " Qardhawi adalah seorang Muslim dan seorang ulama, dan sudah semestinya berperilaku berbeza dengan orang lain dan dia harusnya memiliki peranan dalam mengakhiri perbezaan dengan sesama Muslim, dia tidak boleh mengeluarkan fatwa yang tidak ada hubungannya dengan wacana agama."

Sebelumnya Syeikh Qardhawi telah mengatakan agar Mahmud Abbad layak untuk direjam jika memang benar dia mendukung agresi militer Israel di jalur Gaza.

Pada hari Jumaat yang lalu, kementerian wakaf dan agama pemerintahan autoriti Palestin di Tebing Barat telah membahagikan isi khutbah Jumaat yang wajib dibacakan oleh seluruh imam/khatib di Tebing Barat yang berisi kecaman dan mengkritik Syeikh Qardhawi.

Namun jemaah masjid di Tebing Barat malah memprotes isi khutbah tersebut dengan menyela dengan teriakan Allahu Akbar sewaktu khatib membacakan isi khutbah yang mengecam Syeikh Qardhawi, bahkan sebahagian jamaah di masjid lain memaksa turun khatib dari mimbar dan ada juga jemaah yang tidak mahu berimam terhadap imam yang berkhutbah mengecam Syeikh Qardhawi.

Pada sebahagian masjid terjadi bentrokan dengan aparat keamanan autoriti Palestin, ketika para jemaah memaksa turun khatib dari mimbar.

Dahlan juga mengecam Hamas yang menolak pembangunan tembok besi pemerintah Mesir. Ia mengatakan: "Mesir memiliki hak untuk menjaga dan melindungi keamanan nasional negaranya dan merupakan pelanggaran yang nyata ketika beberapa waktu yang lalu Hamas memasuki wilayah Mesir dan membunuh seorang perwira militer Mesir.

Dahlan juga mengatakan: "Setiap orang mesti ingat bahawa di era presiden Yasser Arafat tidak pernah terjadi kegilaan seperti ini, dan jika Hamas ingin berjuang, seharusnya mereka menyerang di perbatasan Israel bukan ke perbatasan Mesir."

sumber

2 comments:

Unknown said...

Imam hadhari tu kot

Na'im Nikmat said...

Salam Ijoks,
Sah kat sana pun ada Imam Hadhari he he