Pages

Wednesday, December 30, 2009

GST: Umno Selamanya Bersifat Memperbodohkan Melayu

"Kerajaan BN yang berslogankan Rakyat Didahulukan akan melaksanakan GST atau (goods and services tax) dalam tahun 2011. Rang Undang-undangnya telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua . Bacaan kali kedua dan seterusnya perbahasan mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac 2010. Sepertimana biasa UMNO akan menyatakan apa jua cukai yang dikenakan ke atas rakyat TIDAK AKAN MEMBEBANKAN. Kalau kita teliti apa jua tindakan pemimpin UMNO yang mengkhianati wang rakyat seperti tindakan menyelamatkan MISC, PERWAJA, UEM (yang mahu bankrap), suatu masa dahulu – semuanya bagus dan positif belaka.

TIDAK PERNAH kita mendengar perkataan GAGAL. Dalam misi lawatan semua PM atau Menteri-menterinya ke luar negara. SEMUANYA berjaya dan positif belaka. Tetapi mungkin ada kebenarannya. BERJAYA pada peribadi dan kroni mereka tetapi merugikan rakyat atau negara. Kini mereka memperkenalkan GST pula. Memang seharusnya diberikan kredit kepada para ‘think tanks’ BN/UMNO kerana mereka amat kreatif memperkenalkan sautu yang baru yang tidak dapat difikirkan oleh benak kita yang naïf ini.Mereka memperkenalkan pembaharuan yang menguntungkan mereka tetapi dalam masa yang sama merugikan rakyat. Kalau benar semua cukai yang dikenakan tidak membebankan, maka kita sarankan kerajaan mengenakan cukai 100% ke atas semua perkhidmatan yang diberi dan barangan yang dijual. Logikkan?!!! Kenapa tidak? Ianya tidak membebankan rakyat!!.. Jadi, siapa yang terbeban?!! Bacalah laporan akhbar di bawah ini:

GST tidak bebankan rakyat

Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.myKUALA LUMPUR 3 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memastikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dirancang untuk diperkenalkan tahun hadapan tidak akan membebankan rakyat terutama kumpulan berpendapatan rendah.Menurut Perdana Menteri, barangan keperluan asas yang banyak digunakan rakyat akan dikecualikan daripada GST.“Untuk meneruskan (pengenalan GST) kita akan lakukannya dengan struktur yang teratur dan lembut di mana cukai akan diperkenalkan secara semula jadi sejajar dengan tahap perkhidmatan dan cukai jualan agar ia (GST) tidak menjadi satu beban tambahan,” katanya.

UMNO amat bijak memperkenal dan mencipta undang-undang dan peraturan yang menyakit dan menyusahkan rakyat marhaen dan memberi keuntungan kepada golongan borgeous. Lalu mereka bersilap mata dengan rakyat agar rakyat dapat dikelirukan dengan istilah-istilah canggih mereka. BN/UMNO dapat menterbalikkan (turnover) pemikiran rakyat hanya dengan, satu kenyataan, istilah atau slogan. Rasuah ditukarkan kepada politik wang, royalty kepada wang ehsan, yuran sekolah ditukar kepada bayaran tambahan, minyak petrol merah ditukar warna kepada kuning lalu dinakaman RON95 lah dan sebagainya. Tetapi kita pelik juga, sekiranya ia tidak membebankan, kenapa Sabah dan Sarawak mohon perlaksanaan GST ditangguhkan? Sila baca laporan akhbar di bawah:

Sabah, S'wak seeks delay in GST implementationJoe Fernandez | Dec 19, 09 5:07pm Malaysiakini Online Sabah and Sarawak are pressing for an unspecified moratorium on the implementation of the GST (goods and services tax) beyond the mid-2011 implementation date.

Kenapa Sabah dan Sarawak begitu dangkal dan dungu memohon penangguhan perlaksanaan GST? Bukankah GST memanfaatkan kamu semua iaitu rakyat??!! Kalau kita teliti, sudah terlalu banyak cukai dan bayaran perkhidmatan yang terpaksa dibayar oleh rakyat kepada kerajaan.Malah ada yang bertindan. Contohnya di Pahang, selain dari cukai tanah yang dikutip oleh Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga mengenakan cukai yang dikenalai sebagai ‘Cukai Tanah Kosong’ dalam kawasan pentadbirannya. Jangan silap faham, cukai pintu juga dikenakan oleh MPK. Telekom Malaysia ‘merompak’ wang rakyat melalui sewa bulanan telefon sebanyak RM26. Kita tidak dapat menerima rasional terhadap apa jua alasannya. Bayaran streamyx atau broadband yang tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran dan sebagainya. Cukai pendapatan,cukai Keuntungan Hartanah, cukai perkhidmatan sebanyak 5%, cukai iklan, bayaran parking, tol dan banyak lagi. Kesemua ini adalah bayaran yang dikenakan secara tidaklangsung ke atas perkhidmatan yang mereka (UMNO) dakwa berikan kepada rakyat secara percuma seperti perkhidmatan kesihatan dan pelajaran. Tetapi oleh kerana minda rakyat khususnya orang UMNO/BN sudah didungukan, mereka tidak kesah dengan semua cukai yang zalim ini.


Sifat memperbodohkan rakyat tidakpernah hilang dari UMNO. Pemimpin-pemimpinya secara selamba dan dengan muka yang tidak bersalah membuat kenyataan dalam media kononnya apa saja cukai dan tindakan mereka adalah untuk kebaikan rakyat. Sebenarnya dalam negara pseudo-democracy acuan UMNO ini, apa jua dakwan tindakan mereka kononnya untuk kepentingan negara sebenar perlu difahami ialah untuk kepentingan UMNO atau pemimpin-pemimpinnya. Mungkin ada apa yang mereka lakukan memberi kebaikan kepada rakyat tetapi mudaratnya lebih besar dari manfaatnya. Majoriti orangmelayu terus hidup dalam kemiskinan walaupun negara kaya raya dan diperintah oleh orang melayu yang mendakwa kononnya membela bangsa dan mengekalkan ketuanan Melayu. Moga mereka (UMNO) menerima pembalasan yang sepedih-pedihnya di akhirat nanti atas pengkhianatan mereka. Amin ..(Sumber)

3 comments:

  1. Tamadun barat adalah tamadun yang hodoh.
    Banyak masalah sampah, kerosakan di muka bumi ini berlaku pada tamadun barat berbanding tamadun terdahulu.

    Maka tamadun Barat memperkenalkan GST sebagai ubat kepada masalah yang diciptanya sendiri.

    Maka pemuja tamadun barat berbangga GST adalah simbol kemajuan tamadun Barat.

    "Hanya negara Maju yang ada GST"

    pujalah....

    ReplyDelete
  2. Salam..
    UMNO kini menyerang pas dgn isu hudud seolah-olah kewajipan melaksanakan hudud itu hanya terletak pada pas saja sedangkan UMNO lah yg lebih patut laksanakan hudud sebab dia sudah 25 tahun menerajui Malaysia.
    Apa kata kita guna balik peluru dia biar ludah dia jatuh ke muka sendiri.
    Kita perbanyakkan artikel desak kerajaan Pusat laksanakan hudud.tengok apa dia nak jawab.

    ReplyDelete
  3. Salam sahabat,

    Tmn nak tanya sikit,berapa ramai orang melayu yang faham apa itu GST.?
    Orang melayu kampong tak faham apa itu GST.

    Bila kita pergi ke KFC atau Mc Donald mereka akan mengenakan cas perkhidmatan sebanyak 5%. Inilah yang dikatakan GST.Mereka tidak melebelkan GST dan ditukarkan kepada cas perkhidmatan bagi mengilirukan pandangan rakyat terhadap GST tersebut.

    Tidak ada benda yang tidak dicukai oleh kerajaan BN sekarang kecuali lesen TV yang diberi percuma bagi melalikan rakyat dengan hiburan yang melampau.

    Kepintaran UBN memutar belitkan perihal cukai ini bgitu licik sekali. Mereka mengenakan cukai jalan bagi Motorsikan 250cc ke bawah hanya Rm2.00 sebaliknya mereka menaikkan cas ansuran kenderaan 100 kali ganda dari asal. Sampai bila rakyat nak sedar atau tak mahu sedar. Fikirlah sendiri

    ReplyDelete

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.