Monday, May 11, 2009

Jom sekalian rakyat perak kita pakat puasa sunat esok

Alhamdulillah serta sujud syukur kepada ALLAH S.W.T terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada datuk Seri IR Hj Nizar Jamaluddin berhubung kes 'Pengesahan MB Perak' yang difailkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri IR Haji Nizar Jamaluddin ,pada jam 3.45ptg sebentar tadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abdul Rahim telah membuat keputusan mengembalikan semula kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Beliau juga menegaskan supaya DS Zamry dan barisan EXCO yang dilantiknya segera mengosongkan pejabat SUK.Keputusan ini sedikit sebanyak mengembalikan kenyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara. Namun demikian YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :"Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur. Sementara itu DSNJ selepas mendengar keputusan hakim beliau bergegas untuk ke Ipoh bagi memohon perkenan Sultan Perak supaya DUN dibubarkan dan hak rakyat dapat dikembalikan di Perak.Marilah kita rakyat Perak sama-sama menadah tangan berdoa kepada ALLAH S.W.T semoga DUN Perak segera dibubarkan.

No comments: